• Home
  • Family
  • Travel
    • Local
    • Overseas
  • Lifestyles
  • Sharing
Powered by Blogger.
Last weekend 2nd time family outing berempat hehehe...took our kiddos went off to Aeon Mall Shah Alam...ermmm...not far from our house. Lame dah just tengok dari jauh but dun have time drop by there.Ekceli our main objective was to hunt Daiso. Daiso kan ade dimana adenye Aeon huhuhu..i loike so much Daiso shop.

After getting all stuff from Daiso then we were hunting for makan. Both of us superim love Japanese food especially sushi. But that day we have tried sumtin elselah 'Tokuyaki'. I can't remember the name of restaurant but it just few steps from Daiso. Looks like a stall ja. Next to Japan Tourism center counter. My lil pwincess slept quitely in baby carrier on me. Rayyan sikit tantrumlah biaselah tat time was his napping time...hahaha.. Not much picture because I was carrying Elis and my sling bag tersepit to the baby carrier so couldn't open the zip and get off my phone..aiyakkkk!!! dush! dush! So I just asked my asben to take few pictures.. then few sangat ;( ;( :(





Dah kenyang then balik. Next time come again and make some walks! On e way to car park we have dropped by a salon,I asked to Rayyan "Rayyan nak potong rambut?" then he say "Yes" and angguk kepala. Then me and asben straight away go inside the salon....dazen matterlah how much expensive, the most important was Rayyan oredi say "Yes"...fuhhh...lame dah wait for this time. Finally after 3 years Rayyan agreed to do haircut. We had pujuk few times to do that but failed. We forced him too, end up malu sendiri when Rayyan terpekik terlolong shouted at the salon. From the murah salon till la ke expensive sameje, his answer Tak Nak!

I loike the salon. Service super fast and the young lady very kind and frenly with kid. She managed to control and handle Rayyan. Maklomlah this is first time Rayyan's haircut  so saspensss....I oso gave him support and said sumtin creative so that haircut process goin smooth je... Alhamdulillah he was so ok, unexpected. Big brother dah...mommy getting upset and missing his old hair...wawahhhhh...isk..iskk...no more baby face now is macho brother. Proud with you Rayyan. Bravo! bravo! Sorry forget the name of tat salon but price is RM20. Oklah kannn..




Good job Rayyan!!!





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dukacita dihujung bulan Nov yang lalu bile my boi Rayyan disahkan influenzavirus B. Sedih haku tak terkata...wa...wa.... 

Pada suatu petang Rayyan tiba2 diserang demam panas. Mase tu dia di taska. Teacher Z terus call aku inform yang Rayyan tiba2 lemah tak bermaya dan badannye sangat panas. Aku memang gelabah gile minta time off dari bos terus berlari ke taska. Nasib baik taska tak jauh dari opis. Sampai je aku kat taska tu terus bergenang air mata aku melihat anak aku terbaring tak bermaya...teacher terus memeluk aku maybe sebab aku menangis. Sape tak nangis oiiii...akuni memang cengeng banyak. Tekiu teacher2 di taska especially teacher Z sebab took care of Rayyan while waiting me reach to taska. 

Aku terus bawa Rayyan ke klinik. Doctor di klinik sahkan Rayyan ade tonsil sebab dia ade batuk2 dan badan terlalu panas. Selepas ke klinik aku terus hantar Rayyan ke kampung. Biasenye kalau nenek jaga dia akan cepat sembuh. Tat time aku pike Rayyan demam batuk biase and konpiden yg after 2 days dia akan sembuh dan kembali active.




Hari keempat Rayyan masih kelihatan lemah dan suhu badan masih panas. Batuk dia semakin teruk. Dia tidak active seperti sedia kala. Hati aku mule risau dan mule piker macam2. Rayyan masih dikampung dengan atuk nenek. Hari kelima...my mom text me cakap Rayyan masih serupa dan suhu badan masih panas. Kebetulan hari kelima tu aku kerja half day je. Sepantas kilat aku terus vroommm balik kampung  dan nekad nak bawa Rayyan ke hospital. 

Packing baju dan keperluan Rayyan as preparationla kan incase kena warded maklomlah nak bawa ke hospitalkannn... Hospital yg aku nak bawa bukanlah hospital di sekitar kampung. Di kampung cume ade hospital daerah. Bukan tak konpiden dgn gomen spital tapi sebab company ade insurance kan and cover so gunekanlah. Lagipon lebih selesa untuk Rayyan dan aku.

Ini adalah 1st time nak bawa Rayyan ke hospital kerana demam batuk. Selalunye dia demam batuk aku bawa ke klinik pakar je then 1-2 hari dah sihat tapi kali ni dah makan 5 hari masih tak berubah even dah bagi ubat mengikut jadual. Lagi yang aku risau tu Rayyan tak nak makan langsung. So takut bertambah worse nanti.

Sepanjang perjalanan aku piker nak pergi hospital mane dan yg paling mudah dan senang untuk aku cari parking. Malam tu hanya aku dan Rayyan sahaja. Imagine akula kena drive,kena dukung Rayyan...phewwhhhh....Dari dalam kereta Rayyan semakin lemah. Aku bertambah risau. Plan nye nak ke DEMC sebab dekat ngan umah tapi melihatkan Rayyan semakin lemah aku terus pergi spital terdekat mase tu. Disebabkan aku dari Kesas highway makanye Subang Jaya adalah access paling dekat ketika itu. End up aku decided ke Ramsay Sime Darby Medical Center or dulu dikenali as SJMC.

Alhamdulillah security guard yg mesra. Aku mudah dapat parking memandangkan dia tengok aku sendirian ngan anak aku yg lemah tu. Dari registration sampailah ke ward semua staff sangat baik dan beri layanan yang tip top. Doctor yang bertugas pada malam itu di RSD pon sangat baik. Nurse2 semua frenly sangat dengan kanak2. Selepas check darah doctor mengesahkan Rayyan dijangkiti virus influenza B. So Rayyan kena warded and quarantined.  Bagus juga kena warded atleast spital bole monitor dia. Dapat drip air yang ade sumber vitamin menggantikan makan minum Rayyan.

Ibu mane hatinye tak luluh melihatkan anaknye terkulai lemah. Mase tu aku memang harap dan berdoa agar Rayyan cepat sembuh. Rayyan warded 3 hari 3 malam di RSD then doctor asked to continue quarantibe Rayyan di rumah untuk lagi 2 hari. Sepanjang di hospital Rayyan tak digalakkan ade visitor..yelah virus influenza ni mudah berjangkit. Later kalau ade kesempatan aku akan bagi sikit review about influenza virus B ye.

Next post aku akan share review about Ramsay Sime Darby Medical centre dan costing yew.

Tungguuuuu....




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
One day after bufday Rayyan, my asben offday so malam tu afterwork he took both us watched muvie. Macam biaselah daddy memang suka bawa tengok muvie. So kami decided nak tengok muvie Trolls. Itula satu2nye citer cartoon yg ade.

Lagi sekali pegi cinema MBO kat Subang Parade...uuwiksss..ekceli aku tak suka cinema tu sebab bau hapak macam bau seluar jeans yg lembab or seluar jeans yg tak pernah basuh..euwwww...sepanjang dlm cinema tu aku tutup hidung ngan tudung dah macam orang pakai purdah huhuhu...takleh laaaa makni cepat feningsss ngan bau2 cenggini. Tapi tengok Rayyan fine je so aku pon bertabah jelah sengsorang huhuhu..

Trolls is a musical muvie. Tak silap aku music producer dia is Justin Timberlake. Story yg sangat best penuh dengan positive moral especially about hapiness. Cume part muke raksasa tu sangat hodoh dan menakutkan sikit. Mule2 tu Rayyan macam takut but aku explain dia "Its ok Rayyan enjoy the muvie". Slowly dia ok sendiri and was fun enjoy the muvie. Setiap character trolls ni sgt kiut miut n colorful. So cheer up n ceria gitew. Aku yg ngantuk n kepenatan before tat pon jadi segar bugar.

Few songs dlm muvie ni adalah lagu2 lame yg dah diubahsuai sikit arrangementnye and the sounds so nice and hati berbunga2 tengok citerni. Rase macam didunia kanak2 jew hahaha... Recommended this muvie to todlers and childs.Daripada 10 star aku bagi 8/10.Go la watch the muvie enjoy with your kids.



"Happiness is inside ourself"

Enjoy the muvie ya!!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pagi2 sampai office entah nape ade mood nak tulis blog. Nak share about blokke playhouse and cafe yg tengah viral tu. Dah banyak kali aku and asben nak bawa our kiddos to blokke cafe ni tapi owes closed for privte event...ermmm biaselah weekend kan sure banyak bufday parties or pc retis2 mesia huhuhu... Nape aku ckp retis ek??? ekceli this blokke cafe owned by hos jjcm tu, sape ek name dia lupelah aku...jap google jap...hah dah jumpe name dia Nazrudin Rahman 'Naz'.

Aku rase blokke cafe ni baru open a year kot di Citta Mall ni..ke kurang or lebih sorrylah kalau aku salah mengagak ye. Tak kisahla tapi yg pasti memang super Ohsem beb. Finally aku berjaya juga menyinggah ke blokke cafe tu. It was on my boi bufday day. Tanpa buang mase aku terus drive to Citta mall...hehehe tak jauh pn dari umah. Bile aku buka jer glass door cafe tu terus rase very welcoming... it such a colorful and fun place for lepaking sambil main lego yg colorful tuh. Sesuai ni kalau buat gossiping session with my besfren dan kiddos. So nice and clean. I loike very much. Tat day very peace and sepi dari keriuhan orang2 hahaha...why??? sebab tat day is monday. Memangla sepi kan. Sengaja aku pilih on monday. 

Disebabkan takde customer lain mase tu accept aku and Rayyan jew so kami rase seperti 'tempat tu kami yang punye'. Rayyan punyelah seronok main lego, yelah banyak gilessss and ade macam2 shapes kot lego block kat situ. Ade meja makan dan sofas too. Decoration modern and here n there got lego deco. Budak2 and mak budak sure suka sebab tak semena2 rase ceria beria2...hahaha..jakun kan?? dulu zaman aku mane ade semua ni..haihhh untung bebudak zaman skarang ni.













Besides u can let your kids play with the lego for FREE, kat cafe ni juga ade playground. Nak masuk playground kena bayar dululah. Fee only for kids. RM 15 per kid. Kena pakai socks yew. Tuk parents kalau nak masok dia ade sediakan soft shoes.Tak payah nak beli socks bagai macam certain playhouse tuh. The playground compound is not too big and small just nice in moderate size. Cool lah. Clean and safe itu bende pertama yg aku akan pastikan dulu kalau pergi mane2 playhouse. Pada aku sangat berbaloi dengan bayaran RM 15 tuh. Untuk aku dan Rayyan tat day no limt time per entry. Imagine aku kat situ dari pukul 2pm sampai kol 8.30pm. First few hours memang itu tempat kami yg punye hahaha...bile dah petang sikit baru ade 1-2 customer lain.



Nak review menu pulak...ermmm not more choices. Banyak sandwiches jew. Ade nasi lemak bungkus kosong RM4 mahai weh hehehe...tapi lapar telan jelah and nasib baik banyak and sedap. Ade set, Nasi lemak kosong + sambal sotong/chicken rendang/beef rendang + soda drink + ice cream choc/vanila. Memang sedaps and kenyang. Rayyan yang tak makan sangat tu pon banyak makan. Vanilla latte dia kaw!!! I loike very much lagi sedap dari SanFrans punye beb.

So keje aku makan dan tengok fon untuk makluman akuje dan Rayyan asben keje + Elis kat kampung. Rayyan memang enjoy main dalam playgorund tu tak payah nak berebut2. Rayyan boleh keluar masuk playground tu sesuki dia. Aku tak tahula kalau hari biase boleh tak gitu. Crew kat cafe tu semuanye very friendly dan tak penat layan aku yg banyak tanye itu ini...time takde orangla nak tnye semua bende...hehehe..ade angan2 nak buat bufday party Rayyan ke 4 kat situ. This year dah full booked for weekend.

This cafe buat aku nak datang lagi kalau boleh hari2 hahaha...next visit nak bawa Elis and asben pulak. Price entry for the playground cheaper than other playground yg same size macam tu. Tempat besar my kid boleh lari sane sini. Recommeded uols visit on weekdaysla sebab tak ramai orang. Nak ke Citta mall on weekdays better before 5pm otherwise terperangkaplah uols dalam super duper traffic jammed. Operation hours blokke cafe ni is everyday 11am - 9pm, 1st floor Citta Mall Ara Damansara. Nak lokasi lebih tepat bole visit instagram @blokke.my.

This is bufday treat for Rayyan turns to 3 years old. He was had fun very much. Main lego sepuas hatinye dan tunggang terbalik dalam playground.Thanks blokke.my cafe&playhouse. Tempat best and memang best. I loike very much aku rase tenang dan senang hehehe...perut pon kenyang. Before went  off sempat tapau set lego for Rayyan. Few meters leaving Citta mall Rayyan slept oredi. Tired sangatlah tuh...then next day morning buka mata je asked me to the blokke.my playhouse lagi..erkkkk. Ok bye. Selamat mencuci mata.














Share
Tweet
Pin
Share
No comments
August 2016:
Nenek aku sebelah my dad jatuh terduduk dan mengakibatkan tulang pehanya patah. Nenek aku tu dah berusia 78 tahun. Tulang seusiani memang mudah patah. Warded hospital for one week. Ikut plan doctor nak operate masukkan besi tapi faktor usia banyak perkara yg tak lepas dan very high risk. End up tak jadi operate masuk besi, my dad bawa balik nenek aku dan berubat kampungje. So far alhamdulillah nenek aku masih sihat2 orang tua tapi dia tak dapat nak berjalan seperti dulu lagi. Skarang dia hanya terlantar di katil hanya mampu baring dan duduk sekejap.

September 2016:
Aku kehilangan my mom in-law dan uncle aku buat selamanNye. Mereka telah mendapat panggilan Ilahi. Bulan dukacita for whole famili especially my asben side. Sedih takde satu pon picture kenangan anak2 aku dengan Opah. Padahal opah sangat suka melayan kerenah Rayyan selama 2 tahun ni. Menyesal dah tak berguna. Semuanye hanye ade dalam memori aku dan asben. Rayyan konpem tak igt then camne nak recall dengan dia nanti tentang opah??? ermmm...tepuk dahi banyak2.

October 2016:
Sekali aku dikejutkan dengan berita kematian. My auntie meninggal dunia. Dia adalah auntie yg paling close wit my family. Aku dan adik beradik telah dijaga olehnye mase my mom and dad kerja dulu. Yang ni sangat mengejutkan sebab pada asalnye she warded to hospital to get checkup and treatment but Allah lebih sygkan dia. Terkilan sebab tak sempat nak visit her at hospital.

November 2016:
My youngest brother accident. Adussss!!! Luckily dia tak langgar sape2 dia jatuh sendiri. Teruk jugakla patah tulang tangan kiri. So doctor cantumkan balik dan simen. Yang paling kesian is he got few big-big luka yang telah menyiat kulit nye. Memang ngeri dan aku dpt rase betapa peritnye rase especially nak sapu ubat luka. Kesian aku tengok dia sampai menangis2 menahan pedih dan sakit.Aku hanya mampu tengok je. Harap dia bertabah for few days.

Another news is my cousin dimasukkan ke IJN kerana saluran jantung tersumbat.Kesian dia, dahla his mom baru jer meninggal(which is citer aku about my auntie meninngal from October story tadi). His wife tengah tunggu hari nak bersalin anak yg ke-5. Macam2 dugaan.

Bulan ni Rayyan masuk school. School yg same cume dah tukar management baru. Lebih menarik dan banyak changes dibuat aku tengok. Silibus dan activity pon makin banyak. New managementni practicing montessori pre-school. Reasonnye sebab Rayyan ni dah terlalu disayang2 dimanja2 so better aku disiplinkan dia balik and at the same time build sosial skill dia dr awal before betul2 sekolah nanti. Rayyan kena belajar sharing and join activity with crowd.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ni aku nak kabo ni...dulu kan aku kan memang sangatla pelek kenapa orang suka kumpul berlambak2 barang tupperware ni. Then ke mane2 aku akan nampak orang akan pakai botol air, bekas makanan semua pakai brand Tupperware. Pernah tertanye2 bagus sangat ke brand ni. Pernah gak usha2 harganye tapi mase tu aku cakap gile arrrr mahal. Setakat botol air kosong je dah puluh ringgit. Mase tu lah.

Brand Tupperware ni sejak aku sekolah rendah lagi kot dah wujud maybe lebih lame tapi aku start notice mase sekolah rendah. Mak aku beli botol air kot. Itu jelah satu2nye barang tupperware dulu, yelah mahalkan. Aku dulu bukanla dari golongan senang.

Manusia pasti berubah...gitulah aku. Dulu budak2 lagi masih berhingus skang dah jadi mak orang ohok..ohok...so selera pon dah berubah. Bermula dari sorang kawan opislah. Dia ahli Tupperware ..meriah sungguh jualan dia. Aku tengok kawan2 opis yg lain borong abis barang Tupperware ni. Akupon trylah beli. Barang Tupperware pertama aku adalah botol air 700ml yg ade pouch tu. Maka sejak itu aku terus jatuh cintan dengan brand Tupperwareni. 

Nak tau tak kenapa dan ape sebab aku jatuh cintan tu??

1. Bahan barang Tupperwareni daripada Organic
2. Kualiti sangat baik
3. Smart
4. Design Cantik
5. Tight
6. Kualiti air minum dan makanan terpelihara
7. LIFETIME WARRANTY so kalau rosak boleh ganti

Setiap bulan pasti beli. Lame kelamaan dapur dah mule penuh dgn brand Tupperwareni. So aku nak teruskan sebab ia buat dapur aku tampak kemas dan cantik tersusun rapi. Satu lagi yg aku notice sejak pakai barang tupperware ni kan...barang dapur aku sentiase fresh dan lebih tahan lame otherwise akunye tepung gandum cepat lapuk, milo dan creamer jadi keras.

Oleh kerana setiap bulan aku tak miss beli barang Tupperware ni maka aku pon sign up jadi ahli. So aku dapat harga member...banyak gak discount 25% tau. Boleh nak beli kat mane2 stockist plus silap aribulan aku bole buat bisnes juga. Anyone nak beli dengan harga ahli bolehlah register. Boleh contact aku, aku bole bagi guide tuk registration. Kalau selalu beli rugilah tak amik 25% ni plus kalau beli banyak dapat barang FREE lagi.

Ni antara sebahagian koleksi Tuppy aku selepas terjebak selama 2 bulan. Nanti dah penuh dan lengkap dapur aku ngan Tupperwareni aku up lagi gamba yew :
















Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Lame dah kan menyepi dlm dunia blogging ni...tahun ni agak bizi maklomlah kerja makin byk sejak ahli keluarga bertambahni. Super Mommy kat luar sane yg dah punye anak ramai mesti boleh  paham hehehe...silap aribulan kalau anak dah 4..6...terus hilang blog entah ke mane ye...hehehe...story pasal raya tahun ni pon tak update lagi...hahaha...raya yg mane??? raya aidilfitri laaaaa...pendek kata banyak story tak share... takpelah perlahan2 mendayung yeeee...

Oklah tak nak menceceh lelebih sebenanrnye aku nak share my 1st experince bawa anak naik flight. My kiddos Rayyan 3 and Elis 5 months. Pergi bercuti ke Langkawi naik MAS flight... Aku tak pergi bertiga jerrrr aku bawa my mom and dad plus my siblings sekali. For 1st time tak konpiden aku nak pergi sendiri ngan anak2. Kire ni kasi training dululah...hehehee..Honestly aku cakap 3-4 ari before that hati aku memang tak tenang rase nervous dan tak konpiden tau. Macam2 piker risau anak2 meragam dan nangis pulak kat atas flight tu nanti tak pasal2 kena jeling ngan passenger lain....



Rayyan dan Elis memang dah terbangun subuh  tu mcm tau2 nak pegi jalan so just siapkan derang and GO!!! Excited mommy ni...asben tak dapat join sebab kerja yg memang tak dpt dielakkan so asben just anta kami semua ke KLIA pagi tu. Boarding yg sepatutnye pukul 8.45am dah di awalkan ke 8.15am...ape lagi aku dan adik aku kelam kabutlah. System counter kat KLIA untuk domestic kat KLIA tu masih menyedihkan mentang2la domestic je. Tak pon aku rase sebab MAS kot...aku tgk airline lain byk buka counter. Gile pagi tu memang tersangat kelam kabut...lepas je checkin terus berlari2 anak ke gate A9...sian my mom and dad kena berjalan laju dan berlari2 sikit...hangin aku sekejap nak marah. Kalau nak tukar boarding time email and informla la awal2. Nasib baikla MAS kalau Air Asia dah kena tinggal kot. Kesian my parents tau....haihhhhh... Rayyan aku dudukkan dia di stroller, Elis elok ja tido dlm baby carrier even aku berlari anak dan berjalan laju sikit pon tak kacau tidonye. Nasib bek sempat boarding awal 10 minit dr waktu berlepas....rupenye ramai lagi yg lambat sudahnye pkul 9am baru take off. Aku rase yg lambat tu pon lambat tahu boarding time dah bertukar...selamat bukan famili aku ja yg terkena.

Rayyan memang sangaaaaat excited naik flight. Rayyan memang tengah suka dengan airplane toys, cartoon dan video you tube semua about airplane. Dalam flight aku sengaja bagi dia duduk dekat window. Dari window view tu lagi dia dah nampak airplain yg lain...apelagi menjerit2 la dia tunjuk2 airplain tu. Name pon budak kan....aku tak kisah pon dia nak riuh satu flight tu. Kalau ade yg marah sebab ank aku bising memang nak kena siku ngan aku. Sebaik je duduk dalam flight tu Elis pon terjaga....dia pon tak nak lepaskan peluang menikmati pernerbangan ke Langkawi. Selama 45 minit fly tu Rayyan dan Elis behave je. Cume merengek sikit2 la dari Rayyan sebab mommy tak bagi nak buka seat belt dia..huhuhu. Banyak soalan diajukan pada mommy...memang agak riuh rendah sikit tapi aku ok je. I love them to be excited...barulah kiddos kannn...dulu mase kecik2 kalau aku macam tu my mom dah cubit dah...hehehe...

So flight to Langkawi Rayyan dan Elis tak banyak ragam dan behave je. Kecoh2 bising2  tu biaselah..no hal pada aku.

Ni nak citer kisah fligh return to KL....huuuuuhhhhh...tarik nafas panjang sikit sebab pengalaman tak same seperti flight pegi. Boarding time flight to KL sepatutnye 12.15pm tapi delayed sampai pukul 1pm. Kami satu famili dah sampai airport 2 jam awal gara2 tak nak terjadi lagi kisah kena lari2 and rushing macam kat KLIA. Anak2 aku dah mule start meragam bile MAS tak buka lagi gate sedangkan dah pukul 12.15pm. Maklomlah tengahri kan. Itulah time derang nak makan dan tidur. Plus dah kepenatan. Bile gate dibuka semua org berasak2 berebut2 nak beratur ke depan....si MAS staff ni tak reti la pulak nak bagi keutamaan pada infant dan kids dulu. Tak pasal2 aku kena tolak2 semua org2 yg tak de tamadun nak beratur tu sambil mulut aku yg laser ni ckp kat MAS staff tu "Boleh bagi infant dan kids dulu bole tak?"..barulah terhegeh2 staff tu tarik mic dan buat annoucement dan barulah tetiba ade 2 lelaki gagah  perkasa datang mententeramkan situasi tolak menolak tadi... Bukan aku je yg bawa baby dan kids ade few lagi sian aku tengok tau. Then aku dpt turn keluar gate dulu bersama Rayyan dan Elis. Mase tu aku berdoa agar adik2 aku yg lain dapat jaga parents aku yg masih beratur. Nasib baik my parents masih kuat lagi.

Rayyan dah mule merengek2 mengamuk2 even belum take off lagi. Puncanye bile nak dipakaikan seat belt. Aku terpaksa nekad pakse juga pakaikan. Memang meraunglah dia...huhuhu...aku masih bole control lagi keadaan dan emosi. Pujuk dan alih perhatian Rayyan perlahan2 dan berkali2. Lamelah juga dia mengamok2 dalam flight tu. Selain Rayyan dalam flight memang dah bising dgn suara baby menangis juga. Tak tahula baby mane tapi agak riuhla jugak. Biaselah dah tengahari budak2 dah penat, lapar dan ngantuk. Rayyan tu sebenarnye dia kepenatan dan ngantuk. Pantang ade yg tak kena dia akan mengamuk. Sian auntie seat depan Rayyan tu sabar je dia huhuhu...sebabnye Rayyan mengamuk tendang2 belakang seat dia. Sorryla ye auntie he just a kid. Aku cuak juga kot2 auntie tu bangun dan marah2 ke kannn....so begitulah keadaan aku setengah jam pertama sepanjang pernerbangan balik to KL. Memujuk dan melayan kerenah Rayyan.....fuhhhhh penat memang penat tapi Alhamdulillah aku boleh control emosi drp marah2 Rayyan. Bangga sekejap. Ekceli tak susah pon nak pujuk just alihkan perhatian dan don give up pujuk jeee....budak 3 tahun bukan tahu ape2, kitelah yg kena blaja bersabar.

Before landing time keadaan flight tenang seketika drp tangisan budak2...Rayyan dah diam sambil makan coco crunch manakala Elis tengah tido di pelukan aku. Flight pon selamat landing kat KLIA. Mase perjalanan flight ni nak ke parking sgt lame dan jauh uols pon tahu kan...so passenger kat dlm tu dah sibuk2 nak amik barang2 kat top sedangkan kapal tak stop pon lagi. So Elis ni terjaga ke terkejut entah macam mane dia menangis...aku bagi susu dia tolak dan terus menangis. Aku trylah pujuk2 dia tapi makin kuat dia menangis. Aku dah semacam mati akal sebab aku paling takut Elis nangis sebab dia boleh menangis dengan lamenye dan sampai tahap merajuk tak keluar suara. Aku rase dia terkejut dr lena tidonye tadi. Dalam keadaan serba tak kena tu my mom datang ke arah aku dari belakang. Seat kami terpisah 2 row dr belakang. My mom datang terus amik Elis yg sedang nangis tu dari dakapan aku and terus to her seat. Elis terus senyap tak nangis lagi....phewwhhhhhh.....lega....

Aku memang betul2 keletihan dan penat. Sepanjang holiday takdelah nikmati sgt tempat2 menarik ke hape just enjoi tengok anak2 hepi. Pinggan mangkuk idaman pon tak dapat nak beli hehehe...sempat borong coklat je itupon sebab Rayyan suka coklat. Banyak melayan kerenah anak2 je. Banyak yg aku blaja dari pengalaman ni. Barulah aku kenal perangai anak2 aku. Cabaran dengan anak yg kuat merengek dan menangis ni is just pandai alih perhatian, pujuk berkali2 dan cakap elok2. Tak payah marah2 kesian anak2 umur 3-4 tahun ni bukan tahu ape2 lagi. Kena banyak bersabar, kite yg kena blaja bersabar. Aku pon tak sangka dgn diri sendiri. Akuni patutnye garang sebab dgn adik2 aku kasar dan garang tapi maybe faktor usia hahaha....setiap kali aku nak stress je aku akan teringat pesanan dan nasihat dari org2 sekeliling. So aku dpt counter balik stress aku. Satu lagi pengajaran tuk aku is jangan board flight wit kids pada waktu tengahari dalam pukul 12-2pm...lesson learnt.

Lepasni nak bawa Rayyan dan Elis jalan2 lagi. Seronok tengok derang expose dan explore bende baru especially bende2 nature. Avoid to pegi shopping mall je. Aku tak serik nak bawa kiddos naik flight lagi malah aku rase lucky sebab aku dapat blaja macamane nak handle dan control keadaan. Pengalaman yang best dan membanggakan for myself... barulah super mommy kan.....

Alhamdulillah.....


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tak de mase punye pasal tapi aku tetap nak post juga cerita akikah anak2ku ni untuk tatapan mereka one day. Aku satukan cerita jadi satu. Biaselah majlis akikah buat serba sederhana tak de nak hire cameraman bagai so gambar ehsan dari famili ja maklomlah ketika majlis tu aku adalah orang paling kelam kabutkan manelah sempat nak selfie bergamba ke hape.

Rayyan akikah tumbang kambing 2 ekor manakala Elis akikah tumbang kambing 1 ekor. Sekali dengan cukur jambul. Mase Rayyan malam majlis tu kami dah botakkan kepalanye...huhuhu...semangat sangat tapi mase Elis kami cukur botak after majlis. Alasan sebab baby boi and gurl kui...kui...nak kasi beza...

Majlis Rayyan ekceli kami tumpang malam berinai adik aku sebab malam tu takde buat ape2 so pengantin setuju tuk selitkan majlis akikah dan cukur jambul Rayyan. Rayyan ketika tu berumur 3 bulan. Oleh kerana tumpang majlis makanye takdelah kelam kabut sangat so aku pon sempatlah nak makeup nak melawa sikit. Kebetulan asben cuti so dapatlah join majlis.




Sorryla Rayyan mommy dapat gambar ni je. Mase Rayyan dicukur jambulnye takde orang yg snap..isk..isk...iskk...

Majlis Elis pulak kami bergabung dengan anak buah aku sorang which is anak adik laki aku yang berumur 3 bulan manakala Elis nak masuk 6 bulan. Buat majlis sekali 2 cucu my mom dan dad. Satu gurl and boi. Dah besar sangat Elis ketika tu my dad yang dukung dia untuk dicukur jambulnye memang susah maklumlah bukan baby lagi yg nak baring jerrr..hahaha...patutnye nak buat seawal 3 bulan tapi sebab tunggu anak adik aku sihat dan matang sikit. Why gambar daddy takde mase majlis Elis sebabnye daddy last minute kena koje. Makanye atuklah yg dukung Elis masa bercukur tu.






Oklah tu time Rayyan takde gambar bercukur jambul tapi ade gambar 1 famili bersama, manakala time Elis banyak gambar bercukur jambul tapi takde gambar 1 famili. Fair & square kan...mommy takde lebih sape2 pon. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji yg telah ditetapkan Allah pada setiap makhlukNya yang hidup di bumi ni. Pada 4 Sept 2016 telah perginye orang yg tersayang iaitu my mother in law(mil). Sayu sepi suasana kerana pemergiannye mengejutkan dan tak disangka. Last aku jumpe arwah was Raya.

"Ya Allah Kau tempatkanlah mak mertua aku di kalangan orang2 yg beriman. Haramkanlah api neraka dan seksaan kubur padanya"







2 minggu sebelum arwah hembuskan nafas terakhir....my mil jatuh pengsan di rumah. Sejak itu takde lagi kedengaran suaranye dan tiada lagi renungan matanya. Abang ipar terus bawa mil ke hospital terus ke bahagian emergency. Sempatlah juga aku masuk melawat my mil ketika di emergency ward. Tat time aku dapat melihat my mil struggle melawan sakit. Kaki dan tangan my mil masih dapat bergerak. Arwah memicit kepalanya dan kadang2 pegang erat tangan anknya(my asben)...tapi my mil dah tak dapat bercakap dan buka mata meskipun arwah dapat buat pergerakkan tangan dan kaki.

Ketika itu doctor dah mengesahkan bahawa my mil half paralysed. Semua anak2 cucu menantu ada di hospital kecuali Ryan dan Elis. Aku tak dapat nak bawa mereka sebab mase dapat call my asben sgt kelam kabut. Aku dari opis terus drive balik umah take him to Ipoh. So anak2 my parents take care them.. Melihatkan my mil masih kuat melawan sakit kami semua memang sangat berharap my mil sembuh cepat. Aku cume dapat bermalam di Ipoh satu malam je keesokkan harinye aku kena balik kl. Only my asben continue stays to take care his mom at hospital.



Betul2 aku terase kehilangan dan takut. Tulah... mase my mil sihat ade depan mata kte tak perasan sayang tu bile tetiba jadi mcmni barulah rase rindu dan sayang yg mendalam. Aku tak bersedia nak kehilangan arwah ketika tu. Aku memang berdoa supaya Allah beri peluang untuk aku bersama mil lebih lame. Aku rase aku bukan menantu yg baik banyak bende yg aku nak buat masih tak terbuat dan tertangguh. Adeiiiii memang sedih gilerrr bile kenang balik.

Sangat mengejutkan kejadianni sebab sebelum arwah jatuh pengsan arwah sihat. Tak sangka sangat. Yang buat aku lebih rase terkilan is Ryan dan Elis tak pernah bergambar dgn opah mereka. Sedangkan Ryan sgt rapat dengan opah. Opah selalu manjakan Ryan bile balik Ipoh. Satu photo pon takde. Kalau ade pon photo beramai2. Mafkan mommy syg...nak nyesal pon tak berguna. Semuanya dah terjadi. So lesson learnt supaya jgn tangguh2 kite tak tau ape akan jadi esok.

My asben memang sangat sedih yelah mak kandungkan mestilah lagi sedih..aku memang takleh imagine if happen to me... My asben memang amik cuti panjang untuk jaga mil sepanjang di hospital.  Dari hari mil warded sampailah ke nafas terakhir my asben setia menjaga dan menunggu mil. My mil sangat bertuah kerana semua anak2 arwah berada di sampingnye sepanjang di hospital. Anak2 arwah adalah anak2 yg baik dan berjaya. Arwah dikurniakan 4 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil perkahwinannya dengan fil(totok-Mustafa). 

Mil berketurunan cina yg telah dibesarkan oleh keluarga melayu. Terpisah dari keluarga cinanya selama 40 tahun dan telah dipertemukan semula. Bekas askar wataniah. Setiap tahun kami akan meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga cina mil di Sg. Siput. Selepasni takde lagi mil bersama. Ketika mudanya arwah pasti seorang wanita yg serba boleh dan kuat. Bukan senang nak besarkan 5 orang anak sehingga semuanya menjadi dan berjaya. Kenangan opah dalam rancangan 'Anak Malaysia' - di astro. Sempat menjayakan sebuah rancangan dokumentari bersama keluarga cinanya dan keluarga yop(abang pertama asben aku).








videoanakmalaysia from Ratu Ish on Vimeo.



Sekejap sangat aku mengenali my mil. Sangat tak puas. Selamani bergurau dan berborak dgn arwah langsung tak piker yg arwah pergi secepatni. Kalaulah aku tau haihhh..... Alhamdulillah arwah sempat lihat Ryan dan Elis walaupon Elis baru 4 bulan. Untung arwah sempat menikmati melihat anaknya semua berjaya, berkahwin dan bercucu.

Tahun aku lahirkan Ryan, was tahun pemergian fil(father in law a.k.a totok). Arwah sempat melihat Ryan dalam gambarje. Arwah pergi sangat mengejut kerana serangan jantung(doctor ckp)...usia arwah ketika tu tak silap aku 81 tahun. Arwah takde penyakit kronik cume biaselah dah tua sesak nafas datang tiba2 tu biase. Tapi tak sangka sesak nafas yg terakhir itu adalah nafas terakhirnya juga. Arwah meninggalkan kami semua 10 hari selepas kelahiran Ryan. Aku tak dapat nak ziarah dan balik Ipoh ketika tu sebab aku dalam pantang. Now....tahun aku lahirkan Elis,is tahun pemergian mil(opah). Allahuakbar...semuanye kebetulan.

Selepas 12 hari mil struggle melawan sakit, hari demi hari sudah tak banyak lagi mil bergerak. Keadaan arwah semakin lemah. Badan arwah semakin pucat lesi. Sehari sebelum arwah menghembuskan nafas aku sempat bawa my mom ziarah arwah. Mase tu aku bawa Ryan dan Elis. Dapatlah Ryan dan Elis melihat opah buat kali terakhir. Sempat juga ciumkan Elis pada opah walaupon opah masih tak sedarkan diri. Aku harap opah boleh dengar dan rase kehadiran 2 cucunye yg masih kecil ni dan mengharap untuk bermain dgn opah lagi. My mom dan sister bermalam di Ipoh satu malam di hotel Impiana.

Allah lebih sygkan opah. Keesokkan paginye aku dpt call dari asben dlm keadaan sebak inform tat mil dah pergi buat selamanya. Entah mana dtg tetiba berjurai air mata aku. Aku igt selamani aku dah cukup kuat tapi tidak rupenye. Memang sangat sedih, pilu dan sebak pagi tu. Ketika dpt pangiilan tu ekceli aku dan my mom sedang berkemas nak check out dari hotel. Plannye before balik kl nak pergi hospital sekejap lawat arwah. Tapi arwah dah pergi meninggalkan kami. Then aku bawa anak2, my mom and sister balik to umah kampung asben.



Pengebumian dibuat pada hari yg sama juga iaitu selepas asar. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk memandikan jenazah mil bersama anak dan biras2 yg lain. Satu pengalaman yang tak dpt aku lupekan sampai bile2. Memang sayu ketika tu. Insaf sungguh aku rase. Dari upacara mandi sampailah ke kafankan aku tak lepas untuk sertai. Naseb baiklah ade my mom and sister yg dapat tengokkan Ryan dan Elis. Mase upacara kebumikan aku tak dapat turut serta sebab hujan lebat sangat mase tu. Jadi aku dapat lihat dari jauh shj. Selesai semuanya petang tu aku balik kl untuk hantar my mom and sis balik. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah...





Perginya seorang ibu yang aku sayang...tak sempat nak kenal arwah dengan lebih lama. Banyak nasihat dan tips dr arwah yg takkan aku lupe. Arwah seorang ibu yang agak kasar tapi hatinya baik. Sepanjang aku kenalinya arwah tak pernah marah aku, tak pernah tunjuk kecik hati. Setiap kali nak balik kl arwah mesti belikan something untuk dibawa balik. Arwah tak kedekut. Kalau boleh semua bende kat umah tu nak disuruh bawa. Betapa beruntungnya aku dijodohkan dengan my mil Hajjah Hasnah Abdullah. 

Al-fatihah....tenanglah mak di sana...





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Alhamdulillah sudah 12 hari kite berpuasa. Bersyukur sangat diberi peluang berjumpa dengan Ramadhan tahun ni. Ni dah tahun ketiga aku berpuasa bergelar isteri dan tahun kedua bergelar ibu dan isteri. Aku seronok sediakan makanan pada waktu sahur. Juadah berbuka biase beli je kalau masak pon on weekend ja. Mane de mase dan sempat nak potong bawang bagai after balik keje kan..

Berkah bulan puasa juga bisnes pon masyuk...alhamdulillah. Bulan keberkatan ni lah ramai amik peluang berniaga. Termasoklah aku. Walaupon aku jual  corset tapi jangan tak tau ramai juga yg perlukan corset ketika beraya sakan nanti. Yelah raya nanti byk open house nak pegikan..bole ke nak diet???bole ke tahan tengok je lauk pauk kat open house tu dik?? Dah cantik pakai baju raya then malu perut berlipat2 dan membuncit pulak...alammmak!! ermm.. Sebab tulah selamat kalau pakai corset. Bole control makan +++ pecahkan lemak. Selain dari tu korang akan nampak lebih konpiden dan kurus yelah lemak2 terlebey tu tak nampak.Jadi konpem nampak selimmmsss nak nak yg pakai potongan kebaya.

Jadinye ramailah yg beli corset dari aku. Lagilah aku jual corset terhangat di pasaran yg dah bertahun2 menjadi kegilaan ramai. Sape tak kenal Premium Beautiful corset kan... mahal kan harga ribu riban tapi aku jual ratus2 ja sikit ja. Ekceli akuni jual PB corset letgo dan New stock. Apetu letgo stock??? Stock PB corset yg nak di letgo oleh owner yg tak tau nak jual, drp jadi pekasam kat umah baik letgo kan saje dptla duit poket sikit. So akuni kire jadi orang tengah amik komisen sikit..hehehe modal otak dan tangan nak buat marketing kat online. So sape2 yg ade nasib begini dan nak letgo stock PB tu bolela contact 012 6278712 whatsapp je tau. New stock pulak totally stock baru dalam kotak fresh dari HQ. Yang ni aku jual dgn harga kasih sayang yg ribu riban tulah. New stock ni bayaran cengkeram di terima hehehe...

Tapi tulah kalau letgo stock ni size very limited. So konsep sape cepat dia dapat. Plus kalau ikutkan letgo stock ni tak bole tukar. Lupe nak kabakan, letgo stock ni masih baru belum pernah dipakai cume maybe dah outdated lah. Biase before aku accept mane2 letgo stock aku akan makesure keadaan stock tu dulu. Tag, label harga, plastik dan warranty card masih elok molek lagi walaupon maybe nampak agak kusam sikit atau berhabuk plastiknye...maklomlah stock yg dah bertahunkan.




Bulan pose raya ni ramai yg buat sale bagaikan... so akupon tak terkecualilah kan... Letgo stock Premium Beautiful corset ni aku jual RM 300 untuk semua item (Long bra, Waist nipper dan Long girdle). Dah murah tu dek non...murah giler berbaloi2 dengan kualitinye yang masih baru. Mane nak dapat lagi kat luar sane. Promosini sehingga 15/7/2016 sahaja..itupon bergantung pada stock. Yelah letgo stock ni konsepnye sape cepat dia dapat. 

Meh cepat2 dapatkan PB corset murah gileni. Nak info up to date bole singgah ke insta @ma.mhbeauty insta ya. Oklah korang aku nak kemas dapur ni selamat berpuasa.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Title entry kali ni memang based on my experience so aku share dengan hati yg suci bersih. Those mommy2 lat luar sane yg ade pasang niat nak beri ebm pada anak selama yg mungkin dan ade problem susu drop bolela cube petua yg aku amalkan ni. So far alhamdulillah berkat usaha dan tawakal ia menjadi dan berhasil.

Mase 1st preggy dulu 6 months pertama aku takde masalah susu kering malah sentiasa ade dan boleh pump buat stock lagi. Cume masuk bulan yg ke-7 aku memang terpakse akui yg aku abaikan rutin mengepump kerana kesibukkan dan makan minum yg tak menentu. Plus aku takde usaha pon nak kembali perbanyakkan susu. Ade usaha dan menjadi sekejap pastu ke laut sebab hal kerja yg tak tentu mase dan sibuk buat aku jadi letih. Sudahnye susu aku semakin drop. Bulan yg ke-7 tu Rayyan dah campur dengan susu formula sebab aku dah tak dpt topup stock ebm.

Lupekan kisah lalu, biar jadi pengajaran. Kelahiran kalini aku lesson learnt dan tak mau lagi macam dulu. Since preggy 7 bulan lagi susu dah mule keluar sikit2. My mom said itu normal tapi lom bole di pump lagi hehehe..sikit sangat. Lahirnye baby Elis aku terus susukan dia. Walaupon mule2 tu susu tak berapa banyak.

Since dari 1st preggy lagi aku alami bengkak susu. Bengkak susu tu maksudnye tisu2 susu dah dipenuhi susu tapi tak bole keluar sebab urat2 atau salur susu tu maybe tak betul or tersumbat. Aku siap demam lagi sakit tau tahap tak boleh tido. Tapi after di urut semua tu jadi ok. Air susu akan keluar dgn laju dan pantas hahahaha... Biasenye bengkak susu ni terjadi mase few days after deliver. Ade orang elok ja perjalanan susu dia mengalir keluar rezeki masing2lah yew.

Ni aku nak citer yg susu ebm aku tetiba drop padahal baru 1 bulan setengah usia baby Elis. Drop sampai aku dah tak bole buat stock. After bagi baby Elis minum aku kena tunggu few hours tuk susu tu banyak balik tapi by tat time baby Elis nak menyusu lagi. Stress dan nangis aku dibuatnye. Bile aku check ade ketulan2 kat breast belah kanan aku. Ketulan tu kalau di tekan sakit wehhhh.. Aku de demam sikit mase tu. So aku lagi sekali di urut. Pas di urut susu masih tak berapa banyak juga. Ibarat macam kais pagi makan pagi kais petang makan petang jaaa...sian baby Elis. Ade satu tahap tu kesian baby Elis sebab tak cukup kenyang sebab susu aku sikit. Aku dan asben mati akal. Last sekali kerana darurat kami terpaksa bagi baby Elis susu formula. Susu kambing Karihome same brand macam susu Rayyan. garu kepala kejapsss perasaan bercampor baur sebab kesian kat baby Elis kecil lagi dah minum susu formula dan kesian sebab kelaparan. 

Tak banyak pon baby Elis minum susu formula sekadar topup je kalau nampak dia macam tak kenyang after aku bagi direct ebm. Kejadian tu hanye for few days je. Aku tak give up even ramai org cakap susu ebm aku dah kering, dah setakat tu rezekinye...selagi bole usaha kenapa nak give up dan juz berserah kan. Aku tak puas ati sebab baru 1 bulan setengah kot. Niat aku suci murni kot aku yakin Allah akan tolong. Aku anggap ni as ujian ja.

Sekali aku citer kronologi la pulakkan hehehe...Okeh sambung citer...ini antara kemungkinan sebab2 susu aku drop :

1) Tak makan dengan kerap. Bukan sebab takut gemok tapi aku jenis yg kalau makan sekali banyak then kenyang...bile lapar baru makan. My mom cakap kalau menyusu badan ni kena kerap makan tapi kuantiti sedikit. Bukanla makan nasi tapi makan kudap2 katanye macam biskut ka kek ka roti ka. Kena rajin minum susu.

2) Dah kurang minum air masak dengan banyak. Kalau org normal kena minum 3liter air sehari tapi orang menyusu badan kena lebih dari tu.

So after tat nak tak nak aku kenalah makan juga dengan kerap. Even lom lapar aku tetap kena makan. Mase aku preggy in 9 months berat aku is 61kg...pas bersalin mase dlm pantang berat aku jadi 51kg..then after 1 month berat aku 46kg. But now aku tak tahu maybe berat aku naik kot tapi takde nampak kembang pulak kat mane2 hehehe....Susu??? kalau tak preggy or sebab menyusu badan jgn harapla aku nak minum susu hahaha...but now demi susu ebm tok anak aku gagahkan diri minum susu 2x sehari. Air masak tak payah cakapla perut ni sentiase berbunyi air berkocak2...

Tak cukup dengan tu asben aku pergi dapatkan pil hormon tambah susu. Selain itu juga aku amalkan petua dari my mom iaitu makan sup lobak putih. End of entry ni nanti aku share resepi. Petuani memang aku amalkan dari 1st preggy dulu. Memang nampak berhasil kenala buat bersungguh2 konsisten dan doa(tawakal).

Dalam 1-2 weeks aku dah nampak usaha yg dilakukan berhasil. Susu dah berjalan lancar keluar dan baby Elis kenyang...Alhamdulillah. Satu lagi kena rajin bagi baby sucks breast tits tu untuk bagi tisu2 susu tu teransang dan active. Memang betul aku dah buktikan. Selamani aku sangka dah takde susu tapi bile aku beri baby Elis sucks for few minutes tetiba susu keluar banyak. Tapi tulah kena tunggu lame sikit sebab nak bagi tisu2 susu tu teransang.

Ekceli aku ade beli booster dan supplement tuk banyakkan susu since before bersalin lagi dan aku minum selepas bersalin. Susu tetap drop juga. So kesimpulannya aku stop minum booster dan supplement tu dan juz amalkan sup lobak putih, makan pil hormon tu, kerap makan, minum susu dan byk minum air masak last sekali berdoa. Berhasil!!!!


Mase susu drop nak dapat 1 oz pon susah. But now prestasi semakin meriah. Alhamdulillah...


Saje nak tunjuk yg aku pakai breast pump brand Malish. Sangat puas ati. Portable boleh pakai power bank lagi. Harga pulak tak mahal. 1st preggy dulu aku pakai pump manual payah gak org cam akuni tak berapa kuat so kali ni pakai yg auto memang relax and chill baru bole gen susu banyak. Mood tu pon faktor yg penting.

Rancangan eBupedia Yusry&Lisa dekat astro ria sangat membantu dan berinformasi. Lagi2 episod masalah susu dan masalah baby menangis. Aku banyak amalkan tips yg diberi. Bersyukur sgt ade rancangan macamni ketika aku memang tgh cari solusi. Kepada mommy yg baru melahirkan atau bakal melahirkan tengokla rancangan ni from 1st episode. Sangat berguna.

Oklah sebelum aku melalut lebih panjang lagi aku nak share resepi sup lobak putih. Mane2 mommy yg ade masalah susu ebm drop jgn sedih or give up cepat sangat try lagi dan doa. Semoga petua dan pengalaman akuni boleh beri idea dan bantu yg face prob yg same. Niat yg suci murni insyaallah Allah akan tolong cume kte di uji sikit je.

Resepi sup Lobak Putih :


Bahan2nye sikit dan senangje. 
Lobak putih, 
bawang merah, 
bawang putih (lebih lagi bagus sebab bawang putih pon bole membanyakkan susu) 
dan last sekali perencah ikan bilis or nak pakai ikan bilis original pon bole.

Tumbok semua bahan kecuali perisa ikan bilis (ikan bilis original perlu di tumbok sekali).

Hiris lobal putih secara membulat.

Masukkan bahan yg ditumbok tadi, perencah ikan bilis(aku pakai 1/4 dr sebijik kiub) dan lobak putih yg telah diiris ke dalam periuk. Isi air then masakkan. Bile lobak putih dah empuk masokkan sedikit garam dan hidangkan. Sampai arini aku makan sup lobak putih ni tuk lunch and dinner so far memang tak pernah tak buat.



Selamat mencuba y'allsss... Jangan mudah menyerah ya...susu ibu adalah susu terbaik.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Viewers

First mamh Junior

Lilypie Kids Birthday tickers

Second mamh Junior

Lilypie Fourth Birthday tickers

My Feveret Blogs

  • Love Letters
    11th Anniversary Celebration 4.12.2021
    3 years ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    3 years ago
  • Diana Dy
    Jalan Jalan Japan
    5 years ago
  • AYUCHELAH JOURNEY's
    SHORT VACAY 2020 - CAMERON HIGHLAND
    5 years ago
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    5 years ago
  • Stories of Rina (◕‿◕)✿
    Tempat sesuai untuk family day di Melaka - 12 bilik, private swimming pool, BBQ, tepi pantai
    5 years ago
  • aku bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • I'M YOURSS...
    Sakit (Part 2) – Kaum WANITA… Please Take Note on This Symptom!
    5 years ago
  • Mummy Zizou & Zara
    Welcome to my IG!
    6 years ago
  • Mrs.Kown
    Babyshop The Curve
    6 years ago

Popular Posts

  • Jom amalkan 'Yogurt Asli' ....yummy!!!
    Kali ni entry aku nak citer pasal kesihatan sikit huhu... saje nak share kot2 ade yg kat luar sane macam aku dah kena baru nak sedar. Okla...
  • Soda Bikarbonat pengganti Deodoren
    Lame dah aku nak share bende bagus ni. Ade dah ramai yang tahu bende yg aku nak share ni tapi ape salahnye aku nak share pengalaman aku se...
  • Short gateway to Cyberview Spa & Resort ~ Day 2
    Aku terbangun tengah malam tu kerana lapar nak bangun cari makanan macam malas sebab nanti nak kena gosok gigi bagai dahla sejukkkk yg ama...
  • 2nd baby @UMSC episode 3 : Services review and Costing
    Sayang 1000x sayang sampai ke entry episod ke-3 masih takde picture jugak..hehe...memang takde kesempatan nak bersefi2 sepanjang checkup an...

Blog Archive

  • ►  2019 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (15)
    • ►  December (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (15)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2016 (36)
    • ▼  December (2)
      • Rayyan's 1st hair-cut at Aeon Mall Shah Alam
      • Rayyan disahkan Influenzavirus B...
    • ►  November (3)
      • Another bufday treat for Rayyan - Trolls
      • Bufday Treat for Rayyan turned to 3 years old @blo...
      • Rentetan my story Aug - Nov 2016
    • ►  October (2)
      • Terjebak dengan koleksi Tupperware!!!
      • 1st experience fly wit kiddos to Langkawi
    • ►  September (2)
      • Majlis akikah Rayyan and Elis
      • Perginya seorang ibu buat selamanya....Selamat per...
    • ►  June (4)
      • RAYA SALE !!! Premium Beautiful LetGo stock RM 300
      • Jangan biarkan susu badan terus drop dan mengering...
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (9)
    • ►  February (5)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (34)
    • ►  December (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (13)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes