Rayyan disahkan Influenzavirus B...

by - December 02, 2016

Dukacita dihujung bulan Nov yang lalu bile my boi Rayyan disahkan influenzavirus B. Sedih haku tak terkata...wa...wa.... 

Pada suatu petang Rayyan tiba2 diserang demam panas. Mase tu dia di taska. Teacher Z terus call aku inform yang Rayyan tiba2 lemah tak bermaya dan badannye sangat panas. Aku memang gelabah gile minta time off dari bos terus berlari ke taska. Nasib baik taska tak jauh dari opis. Sampai je aku kat taska tu terus bergenang air mata aku melihat anak aku terbaring tak bermaya...teacher terus memeluk aku maybe sebab aku menangis. Sape tak nangis oiiii...akuni memang cengeng banyak. Tekiu teacher2 di taska especially teacher Z sebab took care of Rayyan while waiting me reach to taska. 

Aku terus bawa Rayyan ke klinik. Doctor di klinik sahkan Rayyan ade tonsil sebab dia ade batuk2 dan badan terlalu panas. Selepas ke klinik aku terus hantar Rayyan ke kampung. Biasenye kalau nenek jaga dia akan cepat sembuh. Tat time aku pike Rayyan demam batuk biase and konpiden yg after 2 days dia akan sembuh dan kembali active.




Hari keempat Rayyan masih kelihatan lemah dan suhu badan masih panas. Batuk dia semakin teruk. Dia tidak active seperti sedia kala. Hati aku mule risau dan mule piker macam2. Rayyan masih dikampung dengan atuk nenek. Hari kelima...my mom text me cakap Rayyan masih serupa dan suhu badan masih panas. Kebetulan hari kelima tu aku kerja half day je. Sepantas kilat aku terus vroommm balik kampung  dan nekad nak bawa Rayyan ke hospital. 

Packing baju dan keperluan Rayyan as preparationla kan incase kena warded maklomlah nak bawa ke hospitalkannn... Hospital yg aku nak bawa bukanlah hospital di sekitar kampung. Di kampung cume ade hospital daerah. Bukan tak konpiden dgn gomen spital tapi sebab company ade insurance kan and cover so gunekanlah. Lagipon lebih selesa untuk Rayyan dan aku.

Ini adalah 1st time nak bawa Rayyan ke hospital kerana demam batuk. Selalunye dia demam batuk aku bawa ke klinik pakar je then 1-2 hari dah sihat tapi kali ni dah makan 5 hari masih tak berubah even dah bagi ubat mengikut jadual. Lagi yang aku risau tu Rayyan tak nak makan langsung. So takut bertambah worse nanti.

Sepanjang perjalanan aku piker nak pergi hospital mane dan yg paling mudah dan senang untuk aku cari parking. Malam tu hanya aku dan Rayyan sahaja. Imagine akula kena drive,kena dukung Rayyan...phewwhhhh....Dari dalam kereta Rayyan semakin lemah. Aku bertambah risau. Plan nye nak ke DEMC sebab dekat ngan umah tapi melihatkan Rayyan semakin lemah aku terus pergi spital terdekat mase tu. Disebabkan aku dari Kesas highway makanye Subang Jaya adalah access paling dekat ketika itu. End up aku decided ke Ramsay Sime Darby Medical Center or dulu dikenali as SJMC.

Alhamdulillah security guard yg mesra. Aku mudah dapat parking memandangkan dia tengok aku sendirian ngan anak aku yg lemah tu. Dari registration sampailah ke ward semua staff sangat baik dan beri layanan yang tip top. Doctor yang bertugas pada malam itu di RSD pon sangat baik. Nurse2 semua frenly sangat dengan kanak2. Selepas check darah doctor mengesahkan Rayyan dijangkiti virus influenza B. So Rayyan kena warded and quarantined.  Bagus juga kena warded atleast spital bole monitor dia. Dapat drip air yang ade sumber vitamin menggantikan makan minum Rayyan.

Ibu mane hatinye tak luluh melihatkan anaknye terkulai lemah. Mase tu aku memang harap dan berdoa agar Rayyan cepat sembuh. Rayyan warded 3 hari 3 malam di RSD then doctor asked to continue quarantibe Rayyan di rumah untuk lagi 2 hari. Sepanjang di hospital Rayyan tak digalakkan ade visitor..yelah virus influenza ni mudah berjangkit. Later kalau ade kesempatan aku akan bagi sikit review about influenza virus B ye.

Next post aku akan share review about Ramsay Sime Darby Medical centre dan costing yew.

Tungguuuuu....




You May Also Like

0 comments