Jom amalkan 'Yogurt Asli' ....yummy!!!

by - January 09, 2016

Kali ni entry aku nak citer pasal kesihatan sikit huhu... saje nak share kot2 ade yg kat luar sane macam aku dah kena baru nak sedar. Oklah meh kite share pasal kebagusan atau kebaikan makan yogurt. Yogurt kat pasaran luar sane ade macam2 brand dah ade yg berperisa so sesape yg tak boleh nak telan kemasaman ade byk perisa not to worry. Tapi kat sini aku nak story pasal yogurt asli....emmmmmm...maccccchhhhammmmm!!!! Why yogurt asli? sebab no sugar at all. Kalau boleh avoid sugar dalam usia yg semakin meningkatni.



Kandungan Yogurt :

Bakteria baik namenye Lactobacillus  & Bifidobacterium

Tinggi kalsium dan protein

Sangat rendah lemak





Kebaikan Yogurt :

1) Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus. 

2) Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk badan yg ideal semula. Dalam pantang lebih mujarab dan cepat. Makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3) Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu).

4) Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5) Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.

6) Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7) Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

8) Bagus untuk tumbesaran kanak2.

9) Mampu atasi masalah stress.

Ade few brand yogurt yang aku dah try. So far yang aku rase nampak lebih efektif dan kesannye pada diri aku is yogurt brand Nestle. Aku dah consume dan amalkan makan yogurt ni dekat 2 bulan. Aku makan sekali sehari so far tak pernah miss lagi. Kalau mood baik aku makan 2x sehari...hehehe..

Ekceli aku tak pernah suka makan yogurt seumur hidup aku. Aku bukan penggemar minum susu. Tapi disebabkan kesihatan and aku tengah preggy ni aku korbankan segalanye demi kesihatan dan baby. Ikut jelah nasihat pakar nak sihatkan. Mule2 tu memang nak menangis nak masukkan sesuap yogurt tu ke dlm mulut tau. Tapi kerana ketabahan ku yang tinggi kugagahi juga telan dgn tahan napas jap huhuhu...lame kelamean after telan yogurt 3-4 ari aku dah bole accept. Tak payah nak tahan napas bagai lagi. Now dah jadi rutin dan kalau tak makan yogurt rase xlengkap hidup aku ahaksss...

Aku harap aku kekalkan amalan makan yogurt ni sampai bile2 memandangkan aku susah nak minum susu. So kire penggantilah. Kite pompuan ni kan kena jaga tulang... Pada pendapat aku makan yogurt ok kot ala rasenye masamje lebih kurang macam kite makan jerok asam tu ja...hehehe... Kalau nak kurangkan rase masam tu kite boleh makan dengan campuran buah asli juga. Macam aku selalu makan dengan anggur merah or apple. Janganla sesekali pegi tambah gule pulak yew...Alhamdulillah asben dan Rayyan juga nak makan juga yogurt ni tapi derang makan yogurt berperisa.



Pada yang baru nak bejinak2 nak try amalan ni kan so mule start try yogurt asli brand Marigold. Sebab brand ni tak masam sangat dan manis sikit. Sedapla... ni lah brand pertama sekali aku try. Yang kedua termasam pada pengalaman aku is yogurt asli brand Nestle dan yang paling masam dan berlemak sekali is yogurt asli brand Dutch Lady. Brand lai2 pon ade cume aku tak berkesempatan nak test. Tak pelah kot cukupla 3 brand ni dulu. 






Aku perasan orang cina suka juga amalkan makan yogurtni. Mane nak taknye setiap kali aku nak amik yogurt asli kat fridge kat supermarket sure derang dah konker area tu then aku kenalah menunggu kat tepi...pastu yogurt brand feveret aku mesti tinggal 1-2 jew...ermmm...derang dah kebas. 

So korang jomlah cube dan amalkan. Jangan tunggu sakit baru nak makan. Cuci perut dan usus kite sebelum penyakit singgah...hehehe...aku rase korang boleh google sendiri khasiat yogurt asli ni. Before aku tammatkan citer pasal yogurt ni aku nak bagitau korang supaya careful mase pilih yogurt. Jangan main amik ja dari fridge kat pasaraya tuh kay...pls tengok expiry date dulu. Kalau date expiry tinggal 2-3 ari nak tammat tak payah la amik. Biasenye yogurt ni hanya bertahan paling lame pon 14 ari ja dari hari dikeluarkan. Aku dah terkena tapi selamat tak termakan ....phewwwhhhh...hampir2 buat aku fobia nak makan yogurt.

Ok korang selamat mencuba. Benda yang baik aku share ja.




You May Also Like

0 comments