Majlis akikah Rayyan and Elis

by - September 16, 2016

Tak de mase punye pasal tapi aku tetap nak post juga cerita akikah anak2ku ni untuk tatapan mereka one day. Aku satukan cerita jadi satu. Biaselah majlis akikah buat serba sederhana tak de nak hire cameraman bagai so gambar ehsan dari famili ja maklomlah ketika majlis tu aku adalah orang paling kelam kabutkan manelah sempat nak selfie bergamba ke hape.

Rayyan akikah tumbang kambing 2 ekor manakala Elis akikah tumbang kambing 1 ekor. Sekali dengan cukur jambul. Mase Rayyan malam majlis tu kami dah botakkan kepalanye...huhuhu...semangat sangat tapi mase Elis kami cukur botak after majlis. Alasan sebab baby boi and gurl kui...kui...nak kasi beza...

Majlis Rayyan ekceli kami tumpang malam berinai adik aku sebab malam tu takde buat ape2 so pengantin setuju tuk selitkan majlis akikah dan cukur jambul Rayyan. Rayyan ketika tu berumur 3 bulan. Oleh kerana tumpang majlis makanye takdelah kelam kabut sangat so aku pon sempatlah nak makeup nak melawa sikit. Kebetulan asben cuti so dapatlah join majlis.




Sorryla Rayyan mommy dapat gambar ni je. Mase Rayyan dicukur jambulnye takde orang yg snap..isk..isk...iskk...

Majlis Elis pulak kami bergabung dengan anak buah aku sorang which is anak adik laki aku yang berumur 3 bulan manakala Elis nak masuk 6 bulan. Buat majlis sekali 2 cucu my mom dan dad. Satu gurl and boi. Dah besar sangat Elis ketika tu my dad yang dukung dia untuk dicukur jambulnye memang susah maklumlah bukan baby lagi yg nak baring jerrr..hahaha...patutnye nak buat seawal 3 bulan tapi sebab tunggu anak adik aku sihat dan matang sikit. Why gambar daddy takde mase majlis Elis sebabnye daddy last minute kena koje. Makanye atuklah yg dukung Elis masa bercukur tu.






Oklah tu time Rayyan takde gambar bercukur jambul tapi ade gambar 1 famili bersama, manakala time Elis banyak gambar bercukur jambul tapi takde gambar 1 famili. Fair & square kan...mommy takde lebih sape2 pon. 



You May Also Like

0 comments