Part II - The Marvel Life-Sized "Avengers" figurines at Mid Valley Megamall

by - April 11, 2015

Seperti yang aku nantikan nak update about the Marvel Life-Sized "Avengers" ni. Part I aritu just preview ja...nah entry kali ni aku nak share sikitlah once dah pergikan. Alhamdulillah...misi berjaya menapakkan kaki ke Mid Valley seawal pagi gara2 tak maw rempuh jamm dan susah dapat parking..takdelah awal macam pegi opis tu.. Sampai dalam pukul 10.30am parking masih banyak lagi. Taula kan Mid Valley ni payah dapat parking selalunye aku akan parking di The Garden dekat Premium floors situ senang juga dapat parking tapi mahal sikit. Pagi ni tak payah parking sana hehehe...

Cuaca baik dan mood Rayyan pun begitu...sebab lain pegi pagi pon sebab Rayyan yelah tak maw bersesak2 sian dia....

Avengers figures ni semua di displaykan di  Centre Court Mid Valley. 3 super hero Avengers yang di pamerkan Iron Man's, Hulk dan Captain America. Ala...dari entrance dah bole nampak dah...tempat biase if Mid Valley buat festival decoration. Mule tu aku ingat dia buat kat exibition tempat yang selalu buat baby expo tu... so besarlah.. hehehe...

Setibanya weyol di centre court tu sudah ramai dengan orang. Sudah mule sesak padahal baru pukul 11am kot... Banyak parents bawa their kids to here tuk berwefie dan ade juga yang berselfie dengan 3 hero gergasi ni. Nak amik gambar kena bergilir2 dan bersesak sikit especially di Iron Man's dan Captain America. Di gergasi Hulk lengang dan tak sesak sangat tak payah bergilir nak amik gambar dengan Hulk...hehehe agaknya Hulk ni menakutkan kot Rayyan pon sebenarnye tak teruja dengan Hulk. Mule2 tu ade marshall yang jaga di setiap gergasi ni tuk control keadaan berwefie dan sesi photography crowd tapi lama kelamaan aku tengok uncontrol oredi..hahaha...marshall tu pon entah ke mana sudah.

Welcome to the Life-Sized Avengers figurines showcased.

Susah nak snap Rayyan pandang camera. Maklumlah dia tengah teruja pandang sane sini. Ini jelah picture yang Rayyan pandang camera dan berlatar belakangkan si Iron Man. Dari tepi pon jadilah.



Nampak tak lengang sikit di area si Hulk tuh. Orang2 yang tengah amik picture tu ekceli tengah khusyuk snap si Iron Man. Sian Hulk...

Weyol tak dapat berwefie bertiga susah sikit sebab keadaan semakin sesak. Jadinya bergilir2lah pegang Rayyan bergambar dengan 3 gergasi hero Avengers ni. Dengan orang yang sangat ramai jadi aku tak dapat nak minta Rayyan berpozing sorang dengan hero Captain America...ermmm...mommy dah pakaikan baju shirt Captain America dah...takpalah tak de rezeki lain kali ja lah.

Ini dia Captain America. Super hero yang mommy paling suka. Time ni kena bergilir2 amik gambar orang lain tengah tunggu queue so rase bersalah kalau nak amik picture banyak kali. Macamni pon bolehla even Rayyan tak pandang camera.

Rayyan masih comel lagi so dapat snap picture dengan kepala lutut si Iron Man ja...

After pusing2 tengok few replicas Avengers dan bergambar dengan 3 gergasi ni kami singgah ke booth Toys r Us yang menjual banyak barang dan shirts Avengers. Nasib baikla event ni di tengah bulan hohoho...kalau di hujung bulan mau aku borong sakan kannnn. Takkan tengok ja dah datang mesti kena beli. Ikut hati aku nak ja beli costume super hero Avengers ni tapi memandangkan Rayyan masih kecik lorrrr so beli jelah ape yang kena. Harga memang agak gulpsssss sikit huhuhu...Daddy sangat cerewet mule2 tu excited nak beli t-shirt tapi lepas belek2 ade je yang tak fullfil dianye requirement...suka ati daddylah. Ade booth lain juga tapi most adalah game.





Inilah costume serba lengkap the Avengers heroes yang aku cakap tadi...


T-shirts kanak2 dan dewasa banyak di jual harga meletop2 lagi di tambah dengan GST.

Aku tunjuk satu per satu item pada Rayyan(yg aku mampulah) then kalau dia geleng kepala tu maknenye tak minat. Kalau dia pegang dan belek2 tu maknenye "ok daddy sila bayar" hehehe...biaselah mommy pilih, Rayyan verify dan daddy bayar.


Tak sampai satu jam pon weyol di sana. Tengok2, bergambar dan sopink sikit then abis..hehehe...before going home kami singgah makan dulu di Secret Recipe sebelah Uniqlo tu. Mase stepping out from there, Centre Court tu sudah macam sardin sesaknyeee...aku tak maw Rayyan bersesak hehehe...same je mommy and daddy pon ekceli tak suka tempat sesak.


Before balik makan dulu di Secret Recipe aku dan Rayyan amik menu ni Grilled Chicken Mushroom. Sedap Rayyan suka sangat.

Babye Mid Valley....kalau ade event yang berkenan di hati weyol datang lagi. Misi tercapai pergi pagi balik tengahari. Sangat meriah dan menyeronokkan tengok keletah budak2 kecik dengan aksi2 hero Avengersni...daddy dan Rayyan memang excitedla ini semua kan stuff boysss...

So anyone yang tak nak ketinggalan bole datang tengok sebab last day is 19th April 2015.


 Hasil tangkapan weyol di Toys r Us Avengers booth today...yeahhh...bolehla as ole2...dan dapat collect point Toys r Us member card.



You May Also Like

0 comments