10 days in hardcore 'berpantang' - amalan orang jawa

by - May 16, 2016

Haha...entry kali ni aku saje nak noted down semua amalan hardcore ketika berpantang. Saje aku panggil hardcore tapi tak surelah betul2 hardcore ke?? kena tanye nenek aku nanti. Pada aku dah cukup hardcorelah nak buat semua tu di musim elnino ni. Semuani boleh jadi rujukan aku suatu mase nanti..yelah aku skang dah ade anak pompuan so amalan turun menurun ni tak boleh dilupekan. One day andai panjang umur aku as ibu kena jaga anak dalam berpantang.

Why 10 days je??? It supposedly 44 days rite....hehehe...ni berdasarkan pengalaman yg aku lalui. Orang lain mesti buat sampai 44 ari tapi my mom kasi discount lagipon my mom paham cuaca dan keadaan zaman dulu dan skarang berbeza sgt2...

Pendekkan mukadimah so bawahni antara amalan hardcore orang jawa ketika berpantang. Aku buat betul2 dalam mase 10 ari pertama berpantang.

1) Berpilis
gambar hiasan

2) Sapu bedak param dengan limau purut satu badan


Gambar hiasan

3) Berurut badan dari kaki ke kepala
Gambar hiasan

4) Bertunku


Gambar hiasan

5) Mandi air limau purut
Gambar hiasan

6) Berbengkung
Gambar hiasan

7) Berstokin dan berkain batik
8) Mimum air jamu
9) Berselunjur dan berkepit2 kaki
10) Jalan berlahan
11) Kurang minum air
12) Sup ikan haruan
13) Elak makan makanan yg gatal
14) Elak makan buah yang berangin dan sejuk

Kena bangun seawal 7am. Mandi air hangat bersama perahan limau purut. Selesai mandi, berkain batik get ready untuk berurut. Tukang urut akan datang then satu badan akan diurut dari kepala hingga ke kaki. Segala celah sendi akan diurut...

Selesai berurut badan akan dilulur dengan bedak param yang panas(rupenye macam bedak sejuk) dan di campurkan dengan perahan limau purut. Panas dan gatal bukan calang tau. Dilulurkan satu badan. Then bertunku perut...kalau zaman dulu derang pakai batu yg dipanaskan tapi zaman serba modern ni my mom pakai botol air 700ml tupperware yang diisi air yg sgt panas jaaa...hahaha...pastu my mom balut dengan kain dan terus tuam ke perut aku. 

Berurut dan bertunku sudah so pakai baju,berkain batiklah dengan sempurna serta berstokin. Mase untuk berbengkung. 1st time pakai my mom ajar dan bantu lilit dan ikat. Perghhh...memang ketat wehhh!!!after few days aku dah pandai pakai sendiri..hehehe...last sekali berpilis. Pilis ni sejenis serbuk yg semacam bedak sejuk cume dia berkaler ijau dan berbau jamu sikit. Ia akan dicamporkan dengan air sikit dan akan dicalit or disapukan pada dahi orang lepas bersalin yakni akulah.

Selama 10 ari tu aku tak boleh berjalan nak keluar bilik. Kena duduk atas katil either baring or duduk melunjur kaki je. Kena kurangkan minum air supaya tak pergi toilet selalu nak elak tempat jahitan tu sentiasa basah. Makan minum my mom akan hantar terus ke katil order je nak hape... Fuhhh...macam 5 stars service hehehe....kematu montot weh 10 ari macam tu ja...kalau nak susukan baby my mom yang akan angkatkan baby letak ke pangkuan aku. Dalam 10 ari aku tak dibenarkan angkat baby sendiri. Ade satu bende yang aku tak boleh buat iaitu minum jamu. Ini disebabkan baby ade jaundice..hehehe..doctor tak benarkan aku minum jamu buat maseni. Bile baby dah takde jaundice baru bole minum jamu.

Begitulah keadaan aku selama 10 ari kepanasan dari kepala ke satu badan even tho duduk di bilik yg ade aircond dan ceiling fan. Memang berpeluh di sebabkan bedak param yg dilulur satu badan. Bedak param ni adalah campuran few herba panas. Kepala aku juga turut berpeluh tahap getah rambut pon basahla...yang ni maybe sebab haba dari pilis tadi. Mule2 tu aku rase excited nak cube merase tapi after few days aku rase tak suka dan dah mule piker di mana logiknya amalan2 ni dan praktikal lagikah untuk zaman skarang. Pastu satu lagi kepayahan is nak bergerak even sedikit ja, aku kena kepitkan kedua kaki betul2 dan mengesotkan montot dengan perlahan2 dan berhati2...phewwhhhh...aku tabik spring to those yg berpantang bersalin normal. Memang rumit banyak lagi2 part nak menjaga jahitan tuh...silap haribulan boleh terbuka dan kena jahit semula...wahhhh tak maw!!! So ikut jelah ape orang tua cakap. Orang kata susah dalam mase 10 ari je. Setiap ari aku tengok kalendar menghitung ari dan berharap cepatla berakhir huhuhu...sampai tahap gitu sekali.

Mujurlah my mom kasi banyak discount buat 10 ari ja. After tat tak perlu nak ikut semua amalan tapi berpantang tetap kena 44 ari. Katanye takut bentan. Apetu bentan?? uols google la later yew...After 10 days aku dah tak mandi air limau purut, berlulur bedak param, bertunku dan berpilis lagi. Yang lain2 aku kena buat. Cuma satu ja aku tak boleh iaitu kurang minum air sebab aku menyusukan anak so aku perlukan air yg banyak untuk diri aku sendiri dan generate susu. Aku tak taulah macam mane orang zaman dulu bole bertahan tak minum air dan makan makanan kering sahaja. Yelah cuaca dulu maybe tak sepanas skarangkan....

Part menu makan untuk orang berpantang pulak mostly my mom  masak sup sayur dan ikan bakar je. 5 ari pertama tu sup ikan haruan dan nasi putih sahaja. Dalam sup tu ade few biji2 herbs, ikan haruan dan sayur hijau. Memang feveret aku since 1st preggy. Ikan haruan ni adalah untuk mengecutkan dan menyembuhkan jika ade luka di bahagian dalaman. After 5 ari menu sup ikan haruan....menu aku bertukar kepada sup sayur dan ikan bakar. My mom hanye repeat sayur yang same je...bayam,lobak putih, sawi dan banyak lagi. Ikan pulak ikan cencaru (ikan jaket), ikan bawal putih dan ikan senangin. Semua ikan ni mak aku bakar kosong ja. Bosan??? tak langsung sebab aku rase sihat sgt makan menu macamni. Aku kena amalkan menu ni selama 44 ari berpantang...ini bukan hanya untuk aku tapi for baby juga sebab aku menyusu badan kesian kat baby terkejut kang dia kalau tetiba aku makan kari dan asam pedas. Buah pulak aku dibenarkan makan pisang, betik dan oren. Setiap meals akan disertakan dengan buah baik bekfes, lunch dan dinner. Amacam tiptopkan my momnye service hahaha....air sejuk, ais, minuman kordial yg berperisa tidak dibenarkan termasokla kopi dan teh. Aku hanya bole minum air kosong, susu dan air milo je.

Insyaallah akan aku turunkan amalan ni pada anak pompuan aku. Semua amalan ni ade kebaikannye dan rahsia tersendiri. Kite kena simpan untuk generasi akan datang supaya adat resam ni tak mati ditelan zaman modern.








You May Also Like

0 comments