Fallin L0ve with 'Chia Seeds'...

by - February 18, 2016

Aku terpanggil pulak nak buka citer pasal chia seed ni. Ramai yang dah tau kehebatannye dan mungkin ade yang tak tahu. Mule teramazing dengan chia seed ni bile kawan aku bercerita tentang perubahan pada dirinye after mengamalkan makan/minum chia seed. Tak perlu berbelanja mahal dan nampak kesan dalam few weeks je.

Ape tu chia seed??
Bijirin ini adalah makanan kesihatan yang digunakan oleh Kaum Aztec dan Puak Mayan satu masa dulu yang dianggap sebagai sumber tenaga yang paling utama. Dari zaman purba kala dah terkenal chia seed ni.Banyak kajian dibuat then now dah semakin popular.




Orang putih memang suka chia seed ni letak dalam masakkan mereka. Sape2 yg suka tengok channel AFC, National Food channel sure aware about this. Macam aku recently suka tengok citer masak2 si Matilda anak chef Ramsay tu...budak ni macam bapak dia. Most of her recipes dia sure letak chia seed ni.







Aku nak share beberapa khasiat chia seed ni :

- Chia seed mengandungi banyak fiber. Kajian mendapati bagi setiap 1 aun chia seed, mengandungi 11% fiber.  So kalau nak kurus, tak nak cepat buncit boleh lah cuba...

- Chia seed ni banyak mengandungi asid omega 3 and 6.. So boleh bagi anak-anak makan sebab baik untuk otak dan pertumbuhan mereka..

- Chia seed mengandungi tiga kali ganda kalsium jika dibandingkan dengan susu.. so untuk mengelakkan osteoperosis, ambiklah bijirin ni dalam diet kita...

- Yang ni sure is Super Duper penting for us as woman chia seed dpt menghalang radiasi bebas daripada menyerang bandan kita.. awet muda ya juga.. Percaya atau tidak orang Jepun dari zaman dulu suka amalkan chia seed ni untuk mendapatkan kulit anjal dan awet muda. Senang citer lambat kerepotlah even umo dah ratusankan. Uols bolehlah google sendiri nape orang2 tua jepun masih kuat, sihat dan kulit tak berapa nak kerepot..hahaha..

- Chia seed mengandungi kombinasi asid amino yg power. So ia dapat beri tenaga untuk membakar lemak dan kalori dalam badan. Bagus amalkan ketika uols perform training sessions and help build more muscles faster. Hah...sound goodkan for guys yg tengah struggle nak jadi abg sado. 

- Mengelakkan risiko diabetes dan badan semakin bertenaga dan lambat rasa letih... Chia seed juga dapat mengelakkan daripada badan kita dehidrasi.. cuba tengok biji seed apabila dah direndam dalam air.. kembang dan penuh dengan air.. so imagine apabila biji ni berada dalam badan kita..kan? kan?

- Kajian ini telah dibuat terhadap pesakit arthiritis. Mereka mendakwa sejak mereka mengambil chia seed dalam diet mereka, sakit tulang mereka berkurangan hanya selepas beberapa minggu sahaja.  Kandungan omega 3 yang banyak juga membantu me'lubricate'kan sendi-sendi..sape2 yg ade sakit2 lutut dan sakit2 bahagian sendi bole cuba, insyaallah berkesan.

- Senang 'membuang'...merawat masalah sembelit or anyone ade problem buasir sekalipon. Selalu kalau dah tak 'membuang' berhari2 mesti kite sibuk nak cari betikla,pisangla kan tapi kalau amalkan chia seed dlm diet harian kite insyallah lancar hajat kite tu nanti hehehe...

Aku baru start amalkan and harap bukan ketika tengah preggyni jew malah nak amalkan terus. Di pasaran chia seed ni taklah mahal macam vitamin2 dan supplement2 yang terlajak2 tuh..murahje and aku rase semua orang mampu milik. Ia tahan lama plus terbukti 3x ganda khasiatnye drp yang lain. Satu famili bole makan. Senang nak di bawa ke mana2. Bukannye pahitke,masamke...takde rase pon. Aku banyak tengok rancangan masakan international dan terbukti chia seed sangat famos di luar sane. Dulu memang aku melopong jap sebab tak tau ape bendela biji2 yang derang letak tu...now dah tau itupon sejak chia seed ni mule famos lately ni.



So far aku beli yang ni ZeeChiaSeeds 200gm RM 25 jew. Aku nak continue amalkan dalam pantang nanti. 


Malam2 kalau malas nak dinner aku selalunye minum milo O campur ngan chia seedsni memang kenyang..

Pagi2 kalau dulu just carrot juice semata but now aku campurkan dgn chiaseeds. Memang betul mengeyangkan.

Satu hari biase aku hanya ambil 2 sudu besar jew, pagi dan petang/malam. 


Chia seed ni natural bebas dari any chemical. Boleh tengok sendiri kan..Jom kite amalkan chia seed ni dalam pemakanan dan minuman kte seharian. Bende yang bagus mestilah kena share. Insyaallah aku akan share lagi about chia seed ni. Kite tengok ape kesannya pada aku yg tengah sarat preggyni and tak lame lagi dalam pantang pulak.


Bismillah..









You May Also Like

0 comments