Short Vacay to Awana Kijang Terengganu

by - August 18, 2019

Holiday yang dah lama berkepam nak di post barulah sekarang ade kesempatan..huhu...Di awal Februari yang lepas asben dapat off penuh on weekend so kami take the opportunity untuk berholiday. Then kami decide nak drive ja ke Terengganu. Actually my kids dah rindu sangat nak main beach. So we off to beach pantai timur.

Not really too far to KT lah just at Kijang. Drive cume took 4-5 hours je. Drive rilek2 namenye takde ape nak rush.

Tempat penginapan is Awana Kijang took bilik with seaview tapi tulah tak de balkoni...isk..isk..holiday in very last minute plan memang camni.
Sebuah hotel lame yang dinaik taraf a bit..ermmm..abit laaa...bolehla...
Yang buat aku tertarik untuk stay hotel ni is dia punye kid's pool. My kids or other kids sure hepi sebab besar, luas dan ade slides. Cari punye cari nak dapat hotel di Terengganu yang ade interesting kid's pool dan near to the beach jumpelah Awana Kijang ni...walaupon bilik dia old school concept..huhu...okla untuk tido ja.

Gambar di atas tu is seaview from our room. Itu just tingkap besar bukan balkoni.

View lobby hotel dari atas

On the way nak ke bilik kami



Kami tiba di hotel pon dah malam so just tapau makanan dan makan dlm bilikja. Keesokkan paginya kami breakfast di luar hotel saje nak makan pagi cara orang ganu. Maka aku jumpela nasi dagang. Tak tau ape name kedainye main redahje dan berhenti di satu kedai makan di tepi jalan...tak de pon gugel2 cari tempat2 viral. Okla sedap dptla merasa nasi dagang ori dari ganu cume ikan tongkol tu coet la sangat.

Kami tak berapa nak menikmati sangat makan pagi tu disebabkan insiden Elis terpijak tahi kucing hohoho...harulah sekejap. Kedai makan tu terlalu banyak kucing berkeliaran so paham2lah...

Selepas makan pagi kami jalan2 mencari port best untuk menikmati view laut dan angin bayu. Kami tidakla drive ke KT paling jauh dari Kijang pon kami ke Dungun. Dapatlah tengok kilang loji minyak di sepanjang jalan. Bagi lah sikit pendedahan to my kids about the loji(tapi gambar takde).




















Inilah pool untuk kids. Sangat luas dan ade slides.




After mandi di pool bawa kids ke beach

Sempatla me and asben nak wefie hehehe..

Ombak sangat besar dan ganas sikit petang tu. Elis ketakutan. Ni 1st time for her tengok ganas ombak di pantai timur.

Oleh kerana namenye short vacay makan next day nye kami check out. On the way nak keluar dari pekan Kijang tu kami dari kejauhan ternampak sign board Roti Paung. Sempatla dropped by untuk beli nak la juga tahu camne rupenye kan..






Inila dia rupe Roti Paung tu. Setiap bun tu bercantum dan setiap bun tu initi dalamnye lain2. Ade initi kelapa, kaya, kacang merah, gula mentega.

Roti dia memang lembut gebus mulus ringan dan sedapppppsss. Murah pon murah tapi aku tak ingat pulak harganye.

Then kami teruskan perjalanan. On the way balik ni kami tak ikut highway sebab kami nak singgah pantai Cherating. Nak tengok ade ape dengang Cherating. So kami singgah di public beach Cherating. Pada pendapat aku biase je. Tak banyak pokok. Kebetulan mase kami singgah tu dalam pukul 2pm panas lit lit sangat2.  Di sebabkan aku tak mau Elis bebas berkeliaran di panas terik tu jadi aku masukkan dia dlm harness...hahaha...memang meronta2 dia nak turun minta dibebaskan.

Segala tempat nak berteduh kena bayar then ade sign board "Di larang ber picnic di sini" (takde gambar pulak) sedangkan itulah kawasan paling best untuk berpicnic iaitu di bawah pokok yang redup...haihhhh....ni mesti gara2 nak push orang untuk sewa pondok2 yang telah disediakan. Stresslah aku nak picnic beach macamni.




2 beranak my asben dan Rayyan sempatlah pulak main kite di panas terik...si daddy yang berkorban demi anaknye yg nak sangat main kite.

Last from short vacay ni...takde pon dalam list hahaha...singgah di perhentian Gambang untuk makan. Aku ternampak Ikan Patin Tempoyak maka tak mungkin dilepaskan. Harga semangkuk RM12 ++ puas hati isi besar dan kuah sedap sangat. Oklah setakat ni jaaa...next jalan2 ganu nak ke KT.



Ini kedai nye.



You May Also Like

0 comments