Babye catsssss

by - August 18, 2019


Nak juga citer takut nanti lupe dah yang aku pernah ade kucing yang banyak. Bermula dengan kucing datang yang diberi name Binggo. Disebabkan comel sangat dan Rayyan suka maka asben belikan kelengkapan pets. Kami nak jaga Binggo dalam rumah tak nak dia berkeliaran di luar sebab terlalu kecil.

After asben siapkan segala kelengkapan pets...dan hanya bertahan seminggu Binggo telah hilang dan tak kembali lagi. Kami tunggu juga tapi tetap tak balik lagi. Sedih lah sekejap.

Oleh kerana dah ade kelengkapan pets so aku dan asben nekad nak cari kucing gelandangan. Maka terjumpalah kami dengan 2 ekor kucing gelandangan di sekitar Bukit Jelutong. Jantan dan betina mereka berdua seperti adik beradik.

Maka bermulalah generasi anak2 kucing kami daripada 2 ekor pada tahun 2017 sehingga menjadi 9 ekor di tahun 2019.

Kami namakan mereka Luna(betina) dan Gekko(jantan).
Si Gekko asben dah mandulkan sebab jantan suka sangat pancut sane sini haru hari2 aku. Dan satu lagi si Gekko ni agak kasar dan ganas berbanding Luna. 

Kami pernah kurung mereka berdua dalam rumah sahaja tapi tak dapat bertahan lama sebab si Gekko tu agak kasar bile mogok dan memberontak minta keluar rumah. Abis pokok hidup dalam rumah dan langsir aku rabak. Akhirnya kami beri mereka kebebasan sikit. Mereka bole keluar dan balik sesuka hati. So segala kelengkapan pets untuk mereka kami pindahkan ke back yard.

Asben memang pakar bab2 penjagaan kucingni. Daripada kucing kurap sehinggala jadi kucing cantik dan sihat. Berhabis duit dapatkan rawatan terbaik di clinic dan makan minum juga dari brand yg berkualiti...huh...

Plan kami nak mandulkan si Luna tu asyikla tertunda2 sampailah akhirnye si Luna bunting...haihhh dah tak bole buat ape..tunggu ari jelah untuk sambut baby Luna. Luna bebas keluar bercampor dgn kucing luar rumah tu yang dia sempat berscandal hehehe...

Aku ingat lagi dia beranak pada minggu terakhir ramadhan pada tahun 2018. Luna memang pandai uruskan anak2nya sebab mase tu asben takde di rumah dan aku memang tak tahu macamane nak handle. Tapi tempat tidur luna dah cukup selesa dah untuk dia letakkan anak2nye 4 ekor tu. 2 jantan 2 betina.

1. Sandy (Betina)
2. Dusty (Jantan)
3. Hitam (Betina)
4. Snow (Jantan)

So total dah ade 6 ekor kucing dlm jagaan kami. Hanya Gekko dan Luna yang kami beri kebebasan keluar sesuka hati. 4 ekor anak Luna kami peliharan di dalam sangkar yang besar. Mereka 4 ekor sangat behave bermain bersama di dalam sangkar tu.

Pada hujung tahun 2018 aku tak sedar yang Luna bunting sekali lagi. Aku agak terkejut dia dah beranak. Mase tu aku dan asben baru je balik dari Seoul. 4 ekor juga anak 2nd batch nye itu. Makin haru aku rase. Semakin hari aku rase semakin sesak back yard aku. Total kucing kami mase tu 10 ekor. Kos penjagaan semakin tinggi. Jiran2 dah mule komplen busuk. Dan ketika itu kami baru dapat jiran depan umah baru yang sgt anti kucing siap ugut nak racun kucing2 kami lagi.

So aku dan asben terpaksalah kurung sahaja 8 ekor anak2 Luna di dalam sangkar. Hanya Luna dan Gekko kami masih bebaskan. Tapi si Gekko ni suka sngatlah melepak ke rumah jiran baru kami tu...adeiii kami memang agak risau kalau dia di apa2kan.

Sehinggala satu hari kami temui Gekko mati mengejut. Ade jiran kami yg lain hantarkan Gekko dalam keadaan kaku itu ke rumah. Nasib baik asben ade di rumah. Kasihan mulutnye seperti melecur. Boleh nampak dia telah di racun. Kami memang sedih dan marah tapi ape nak buat biarlah Allah yg balas. Dah ajal Gekko. Then tinggallah 9 ekor kucing. 

4 ekor anak kucing si Luna tu kami tak sempat nak berikan nama. Kami dah stress sebenarnye nak hadap keadaan sesak ni. Plus ia agak menyukarkan kami untuk pergi bercuti. Dengan jiran baru yang suka komplen dan jiran sebelah dah mule komplen busuk di belakang rumah....maka kami decide untuk pindahkan semua kucing2 kami itu ke hostel. Atleast di sana mereka akan di jaga dgn baik dan akan jumpe tuan baru yg lebih baik dari kami. Kami dah tak termampu nak jaga memandangkan jiran2 kami di sini tak supportive. So bayarlah sedikit amount to tuan hostel kucing tu. Kami tak sanggup lah nak buang di tepi2 jalan. Kami sayang kucing2 itu tapi rumah kami dah tak sesuai untuk mereka. Sandy aku telah berikan pada kawan aku.

Seminggu before kami hantar anak2 kucing kami ke hostel, si hitam anak si Luna dr 1st batch tu beranak. Sekali lagi aku tak perasan si Hitam tu bunting. Yang ni memang sah bunting mahram sebab anak2 Luna semua tak pernah keluar dari rumah. Mujurlah hanya seekor sahaja. So Luna kire sempatlah ade cucu. Ketika kelahiran cucunye itulah si Luna lari tak balik2 beberapa hari.

Ini adalah keadaan anak2 Luna ketika sampai di hostel. Mereka semua ketakutan. Aku sangat sedih ketika ini. Inilah perasaannye serahkan anak ke orang.





Kami doakan anak2 Luna ini di jaga dengan baik dan lebih baik dari kami. Tempat tinggal yg lebih selesa. Babye my anak2 kucing.... Luna juga sepatutnye di hantar sekali bersama anak2nya tapi pada hari kami nak ke hostel tu Luna telah hilang tak balik2. After 2-3 days baru dia balik dan mesti dia agak terkejut sebab anak2nye semua telah tiada lagi dan malang lagi dia tak sempat nak jumpa 1st cucu dia dari si Hitam. So Luna masih ade lagi di rumah kami sehingga saat ini. Dan kami telah mandulkan dia, finally. 


You May Also Like

0 comments