Besday gift Rayyan naik flight ke Kuching Sarawak

by - May 07, 2019

Percutian kali ni banyak reason yang tersirat. Why Kuching Sarawak? Untuk very last minute flight booking ni aku nampak ke Kuching paling banyak seat dan banyak flight. Vacation kali ni asben takde sebab kerja. Kalau tunggu asben dapat off on weekend maka bertangguh lagilah hasrat aku nak bagi besday gift tuk anak teruna ku yang satu tu.
Saje nak bawa my mom dan sister jalan2. Mereka berdua banyak jaga my kids di kala aku dalam kesusahan dan sebarang emergency. Pertolongan yang tak berkira.....tak terbalas budi dan jasa especially my mom. Niat di hati lame dah nak bring them lots of vacation. Insyaallah....so we start with vacation to Kuching Sarawak. Flight pon tak panjang lebih kurang 1 hr 50 min jaaa....
Tahun yang same 2018 we took our kids naik flight to Penang for holiday dan kebetulan was Elis's besday. So we have to be fair lah kan....to take my kids naik flight to somewhere for Rayyan's besday pulak. Tapi sedihnya tertangguh by right was November. Ade sebab2 yang memang tak dapat di elakkan. Bulan November was bulan ujian. Macam2 ujian di lalui. Biaselah mane ade hidup tanpa ujian so chill dan sabar. Sentiasa ingat perancangan Allah lebih baek dan terbaek untuk kte.
So dah plan dgn my sister and agreed to Kuching Sarawak. This was 1st time for my mom,sister and kids to Kuching. Aku dah 3x ke Sarawak. Okla disebabkan aku dah ade pengalaman then asben pon izinkan pergi without him.


 Ini anak nak makan sendiri dlm flight..

Flight on Friday night around 9.15pm so touched down Kuching agak dah lewat jugalah around 11.30pm. Sebaik keluar dr flight aku bergegas mencari toilet terdekat di epot sebab nak tukar diaper Elis yang dah poo lame dlm flight. Kesian takut merah nanti kan (mak2 mesti paham). Setel semua kami pon berjalan mencari laluan passenger semenanjung. Agak kepelekkan aku sebab kosong lengang tak ade orang langsung. Kaunter imegresen tu pon tak da orang. Tak ada orang untuk aku bertanya. So aku pon piker maybe dah tukar system kot dah tak perlu pas masuk. Ok fine kami pon just jalan melepasi kaunter imegresen tu trus meluru ke pintu keluar epot. Lagipon mase tu dah lewat malam my kids dah ngantuk.
Aku called grab tuk ke Pullman Hotel hanya RM 11 sahaja. Sampai hotel anak2 aku active tak nak tidur pulak aduhai....layan jelah...puas hati dapat 2 queen beds. Sorilah takda picture room view juga. Kalau trip beramai2 ni memang takde kesempatan nak amik gambar bilik. Maklomlah tangan dah macam sotong.
Pak Amit Café - Mee Kolok & Laksa
Bangun awal sebab nak keluar mencari bekfes untuk di tapau. Aku book hotel last minute best deal without bekfes hahaha....Sebelumni ke Kuching pon tak pernah keluar seawal ni tau..haha redah jelah. Di Kuching kan mane ade mamak yang ade McDonanld dan 7e kiosk sekitar hotel. Takda kedai atau restaurant dah buka pagi2 tu. Susah juga nak cari bekfes. So aku pon tapau McDonald jelah. Harga McD di sini agak mahal compare to di KL ya jgn terkezut lak.


Pagi tu hujan renyai2 kami keluar agak lewat. Plan nak keluar awal sebab byk tempat nak pegi tapi apakandaya hujan. Oleh sebab dah lewat sangat so aku decide bawa family pergi merasa mee kolok dan laksa di Pak Amit Café. Aku jumpe café tu pon setelah google. Orang cakap fofular dan sedap. Ermmmm...try jelah. Pak Amit Café yg dekat closed most of them buka petang. Then terjumpa ade 1 outlet Pak Amit Café yg buka agak jauh sikit dari hotel so aku called grab car je. Total cost grab RM7 so korang bole agak2la jaraknye.
Sepanjang dalam grab car pemerhatian aku banyak kedai masih tutup sedangkan ketika itu almost 12pm. So agak sepi dan bosan ja.....except mall la. Okla takpa kami makan dulu. Di Pak Amit café tu pon tak ramai orang, lengang. Kalau di semenanjung tengahari cenggitu dah penuh sesak orang nak makan tengahari especially kedai makan fofular....So aku order mee kolok ayam dan daging, laksa 2 dan my mom amik nasi campur. Laksa oklah not bad sedap tapi udang sangatlah comel harga masih sama. Then mee kolok tak sedap. Seriyesly tak sesedap yang pernah aku makan sebelumni. Aku rase macam makan mee sup biase ja. Sudahnya tak abis pon kedua2 mee kolok tu. Aku suruh bungkus ja. Dulu aku makan mee kolok tepi jalan small stall ja lagi sedap ade rase minyak cili dan minyak bijan perghhh yang tu memang sedapsss..aku tak ingat dimana kedai tu tapi berdekatan dgn Hilton hotel. Kalau nak pergi mencari2 pon aku kesian dgn my mom dan anak yang masih kecil. Si Elis tu dahla sikit2 minta dukung huh...memang penat sikitla.

Waterfront Walk - Naik Sampan
Selesai makan kami naik grab car semula ke Waterfront. Setiba di sana alangkah terkejutnye kami betapa bosannya lengang tak ade ape2...kedai2 khemah2 masih tutup kosong sedangkan ketika itu sudah pukul 2 lebih dan hari Sabtu. Mungkin malam baru meriah. Maka kami hanya berjalan jelah di sepanjang sungai tu. Akupon tak tahu sebab dulu aku datang pukul 2 lebih dah ade penjaja2 jual barangan tempatan di sepanjang waterfront walk tu. Entahla barangkali sebab pagi tu hujan renyai yang agak panjang dan tengahari baru reda so derang pon lewat buka kedai. Takde rezeki.....
So kami jalan terus ke jeti sampan untuk seberang sungai. 1st experience for my mom,my sis and my kids naik sampan berdayung(pergi) dan pakai motor(balik). Di seberang sungai aku bawa my mom pergi borong kek lapis dan ikan terubok masin.
Jalan2 ni memang agak bosan sebab entah kenapa Kuching pada hari itu agak lambat happening. Suasana memang agak suram ja. Selepas borong kek lapis dan ikan terubok kami balik ke sampan patah balik ke seberang untuk balik hotel.
Balik hotel untuk solat dan rehat. After that kami jalan2 ke mall berdekatan hotel tak tahu ape nama mall tu. Ponnnnnn tak ade ape yang menarik except kedai toys hahahaha hepi sgtla for Rayyan dan Elis. So aku belikan lah anak2 toys sorang 1. My mom dan my sis sempatla cari souvenir naseb ade kedai jual souvenir dlm mall tu. Then kami balik hotel semula....kali ni my mom and my kids sempatla tido petang sebab pukul 7pm kami nak ke seafood Topspot yang famos tu. Tempat makan seafood wajib kalau ke Kuching.



















Topspot - Makan seafood
Ini kali kedua aku makan di topspot ni. 1st time my asben bawa. Kali yg kedua ni lebih bermakna bawa my mom and kids. Kami perlu berjalan sikitla untuk ke tempat topspot ni. Berada di bangunan UTC berdekatan McDonald dan tugu kucing tu. Banyak tangga perlu di daki kasihan my mom dan kasihan pada aku juga kerana perlu dukung si Elis. Naseb baik sedap dan murah berbaloi naik tangga banyak.
So korang bolelah tengok gambar2 food yang kami makan. Dah abis makan kami balik hotel. Kununnye nak jalan2 di sekitar waterfront semula sebab sure happening tapi kesian dgn my mom penat turun naik tangga tadi. So baliklah lepak di bilik jaaaa....



Kejadian di epot - Tiada Pas Lawatan
Keesokkan harinye kami bersiap2 untuk balik kl. So called grab car ke epot. Flight pukul 12.20pm. Setiba di kaunter imegresen satu kejadian yang aku takkan lupa sampai bile2 dan andai kata aku tak datang semula ke Kuching inilah sebab utamanya...hahaha...
Aku di marah oleh pegawai di kaunter tu kerana tiada pas lawatan sementara bukan aku sahaja ke semua my mom,my sister dan anak2 juga. Aku terangkan pada dia sejujur2nye kejadian malam ketibaan aku di epot Kuching. Pegawai tu tak percaya dan marah2. Aku pon hanginlah dah lah ramai orang takde budi pekerti sungguh nak memalukan orang. Aku taula pegawai imgeresen kena muka masam garang tapi percakapan dan budi bahasa tetap kena ada. Kesudahannya dia pulak tuduh aku malas bertanya dan salah laluan. Dalam hati aku, aku rase dia tak nak mengaku kesilapan pegawai dia meninggalkan kaunter imegresen pada malam tu. Dia tak percaya cerita aku yang malam itu tiada sesiapa di kaunter. Mungkin dia sedang menafikan aku rase, kalau aku bertegas mau kena buat laporan bagai. So takde guna dah, buat aku jadi tak sabar nak tinggalkan Kuching. Babye foreva. Akupon calm down dan mengaku salah jelah yg kunun aku salah laluan dan cakap aku 1st time datang Kuching. Then barulah pegawai tu accept dan benarkan aku,my mom, my sis dan anak2 melepasi kaunter tu.
Fuhhhh....memang geram dan aku rase ralat sangat datang Kuching ni. My mom dan my sis pon rase tak puas hati dan tak sabar nak keluar dari negeri tak best tu. Sebenarnye ade lagi kejadian2 yang tak best jadi ketika nak check in ticket tapi aku rase malas nak story. Ape yang aku nampak most of them semacam tak suka dengan orang semenanjung datang. Setiap driver grab car pon tak ramah muke masam dan ade satu driver tu siap buat statement sarcastic "Sarawak ni kaya.Kekayaaan Sarawak melebihi kekayaan semenanjung tapi semua sudah bagi pada KL"....tanpa sebarang topik yang di ajukan. Akupon tak paham tetiba je uncle tu buat statement tu.
Lega kami setelah masuk ke dalam perut flight MH2507. Tak sabar nak sampai semenanjung. Overall jalan2 kami di Kuching jadi tak best sebab diakhiri dengan kejadian di marah2 kerana tiada pas lawatan tu.
Kita satu Malaysia perlu lagi ke nak berpas2 bagai. IC kte sama kaler kan. Kenapa IC orang Sarawak lain kaler ker? Kalau macam tu kenapa tak cop di passport ja sama je kan drp bazir cetak kertas untuk buat pas lawatan sementara untuk orang semenanjung. Memang kesalahan lah kami tiada pas lawatan tapi kami orang Malaysia terang tang tang IC kte sama kan??? kan???tak payahla marah2 memalukan orang. Memalukan je orang asing tengok.







Oklah sekian cerita Kuching ni.

You May Also Like

0 comments