Cameron Highlands 3 days 2 nights

by - September 21, 2018

Lame dah plan nak bawa my mom dan dad to Cameron ni. Since this is requested by my dad so kenalah jayakan juga. So bile plan nak pergi bercuti beramai2 ni kenalah plan dari awal. Almost semua adik beradik join holiday kali ni. My parents memang suka kalau pergi holiday kena ajak semua adik beradik.

Percutian ke Camron Highlands 3 hari 2 malam ni aku sewa sebuah van besar yang muat 12 org dan menginap di sebuah apartment dari airbnb. Alhamdulillah dapat van yg sangat selesa, bersih dan aircond pon ok. Kebetulan asben off pulak sepanjang percutian ni. So drebar van sepanjang perjalanan is my asben dan adik ipar.

Apartment yang aku pilih is Chi Chi apartment yang terletak di pasar malam yg terkenal di Cameron tu. Aku cari di airbnb ja. Harga berpatutan sangat. Apartment ade 3 bedrooms and 2 bathrooms. Kitchen sangat luas dan segala perkakas ade. Boleh sangat nak masak. Bilik tidur pulak ade queen bed 2 untuk master and 2nd bedroom, 3rd bedroom ade 1 queenbed + 1 bunk bed. Best kan 10 org boleh stay apartment ni. So uols bolelah cari Chi Chi apartment di airbnb. Host sangat baik easy checkin and checkout. Hotel bersih dan cantik modern looks. Sorryla takde review picture for the apartment.



Inilah dia drebar2 sepanjang holiday di Cameron.

Kami bertolak ke Cameron selepas solat jumaat so sampai di Brinchang lebih kurang 9.30 malam camtula...maklomlah banyak stop2 sepanjang di highway...hehehe...

Malam tu kami hanya melepak di apartment sambil merehatkan badan ja. Adik2 bawa my mom pergi cuci mata di pasar malam. Pasar malam tu hanya perlu jalan kaki ja...so dekat. Suhu??? memang sejuk kebetulan baru lepas hujan. Suhu ketika itu is 16 celcius. Gigil la weh aku lak tak de bawa baju sejuk hahaha...berlagak kunun rase tak sejuk. Bukan ape ramai sgt org cakap Cameron dah tak sejuk sangat. Perghhh 16 celcius bunyi mcm tak sejuk kan tapi still perlu pakai baju sejuk wokeh. Satu ja yang tak best about that apartment lantai dia semua mozek wokeh so sejuk sangatsssss....naseb bek owner ade sediakan selipar rumah banyaksss.

Next day is 2nd day kami ke Ladang teh. Ladang teh ape entah namenye sumpah tak ingat. Sorilah...





Ini gurl kan tak mau jalan mau berkepit ja dgn daddy dia










After ke ladang teh kami ke ladang strawberry. Take opportunity petik sendiri. My dad dan adik2 lelaki aku tak mau masuk. Derang lepak kat luar ja...biasela the boys termasukla asben dan Rayyan. So aku dan Elis, my sisters dan my mom ja. Bestla new experience.





Then kami ke Ladang mardi. Aku tak ingat nama sebenar tempatni. Tapi mardi punyelah. Dalamni ade pelbagai tanaman. Sayur, buah, bunga dan pokok2 yang lain. Turut menjual anak2 pokok dan benih untuk dibeli sebagai ole2. Aku dan my mom borong anak pokok bunga mawar. Ikut hati nak beli banyak pokok sebab murah tapi penuh pulak nanti van.



Setelah penat berjalan2 kami pon balik ke apartment. Kami kena balik cepat sebelum jalan masuk ke apartment tu sesak maklomlah ade pasar malam besar di jalan masuk. So malam tu kami masak dan berjemaah ja. Lagi best!!!



Malam terakhir kami di sini just pusing2 di pasar malam dan borong ole2 untuk di bawa balik.

Esok pagi sebelum check out sempat bergambar. Pagi tu penuh dengan kabus dan sejuk. Memang best. Sepanjang di Cameron suhu sejuk jugala maybe around 17-20 celcius la waktu siang kebetulan musim hujan....pada waktu malam paling sejuk maybe drop 13-15 celcius. Aku memang tak bawa baju sejuk akhirnye terpaksa pinjam jacket my sister huhuhu....Rayyan dan Elis aku memang dah prepare siap2 baju sejuk.






You May Also Like

0 comments