Resepi Donut yg guubooo dan lembot nyah...

by - November 24, 2014

Uols aku nk share resepi donut yg guboo n lembot. Rayyan suka sangat makan donut ni...mesti pada Rayyan donut ibu paling sedaplah kikikiki.... So ibu2 lain bole try resepi yg aku post ni.





Bahan-bahan untuk 20 - 25 biji donut :

3 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
biji telur 

Cara-cara :

- Cairkan mentega dan ketepikan. 
- Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. 
Biarkan selama 10 minit. 
- Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
- Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.  
- Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. 
- Biar adunan lagi selama 45 minit. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). 
- Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. 
- Sediakan minyak untuk menggoreng. Guna api sederhana. 
- Tabur gula caster.

Kalau uols tak guna semua doh donut ni tak pe sebab bole simpan. Masukkan dalam bekas yg bertutup dan simpan dalam fridge. 

Lagi guboo dari Dunkin Donut tau...mmuahh..buat time mood baik n cool wokeh!!!! Selamat mencoba!!!










You May Also Like

0 comments