Wedding Anniversarry ke-2
Pada 7 Dec yang lalu genap 2 tahun perkahwinan aku dgn asben tercinta Mohamad Helmi. Sekejapje dah 2 tahun...alhamdulillah kami dapat harungi segala kesusahan dan kepayahan bersama dgn sabar dan tabah. Dalam usia begini lebih bangga melihat usia perkahwinan meningkat drp usia sendiri hahahah....kami plan dari awal tahun nak pergi melancong tapi akulak cuti dah tinggal sikit hehehe...kena postpone next year lorrr...nak buat camne ade anak kecik so unexpected. Never mindla small matter. Yang penting we both celebrate together on the day. Lagi best ade our lil hero. Kebetulan my asben tak kerja tat day. So we both banyak abiskan mase bersama di rumah dan I have cooked special dinner...hehehehe cume takde candle jew nak jadi candle lite dinner kannn..
Sikitla about our history relationship..we met ketika study at one of IPTA in KL. Was planned dating by my friend...hahaha..ekceli few days before tat we have met "hanya berpandangan" tak bertegur sapepon di satu gathering among his ex-schoolmate. So sejak planned dating tulah kami mula berkawan. Kawan jew. Relationship mule tumbuh bunga2 cinta pada hujung2 last year we was there. Jodoh kami panjang even masing2 dah tak belajar bersama lagi. I have further my studies at another IPTA in Selangor and he has joined an aviation academy in Kota Bharu. Macam2 dugaan dan cabaran kami lalui but we still firmed and love each other very much. Susah senang bersama yelah we both bermula as friend so sangat rapat. Dialah kawan, dialah pakwe kannnn..Year after year...then here we are as married couple husbandNwife. Tak sangka panjang jodoh kami padahal macam2 happen tuewww.. Insyaallah dipanjangkan lagi hingga ke hujung nyawa di dunia dan akhirat. Alhamdulillah...
Gambar di atas ni pic mase mude remaje
Terima kasih to my asben sebab banyak bersabar layan kerenah dan celoteh isteri dia yg cun ni(jgn muntah k). Dia suami yg bertanggungjawab dan sanggup berkorban banyak tuk aku. Orang kata lupakan kisah silam pahit,payau,kelat dan masam tu bina saje kisah yang hepi2 je kan. Kadang2 yang rase tak best tu yg jadikan hubungan kte lebih manis, kasih sayang makin kuat dan matang. Jatuh tersungkur dan susah bersama dan harap bila kami diduga senang pon masih bersama. Betul orang cakap anak ni penyeri. Terbuktilah memang betul. Kami bersyukur dikurniakan anak cepat dan lebih seronok Rayyan adalah our junior yg comel. Hidup kami bertambah hepi dgn kehadiran Rayyan, memang tak kering gusi melihat keletahnya setiap saat, minit dan hari2.
Aku beruntung kerana dijodohkan dgn Mohamad Helmi dan seluruh keluarganya. So far aku selesa dan senang bercampur gaul dgn keluarga ipar duai nya. Cuma yg terkilan sikit sebab tak sempat nak bermesra dgn arwah abah(belah asben) dgn lebih lame. Arwah meninggalkan kami kerana sakit tua pada 10 ari selepas kelahiran Rayyan. Aku sempat bersama arwah setelah bergelar anak menantu selama setahun. Arwah seorang abah yang baik budi bahasa dan tenang orangnya. Senang dan sangat selesa berborak dgn arwah. Rayyan lah yang tak dpt bersua muka dgn arwah a.k.a totok. Tapi arwah sempat menatap gambar kelahiran Rayyan dlm 10 ari selepas kelahiran Rayyan. Alhamdulillah...
Kenangan ketika batal air sembahyang after sah diijabkabulkan.
After majlis hantar tanda dan sarung cincin
Sempena anniversarry kami yg ke-2 ni aku berdoa semoga hubungan kami kekal ke Jannah dgn penuh kasih sayang dan rezeki melimpah ruah. Jadikanlah kami keluarga sakinah. Sukar nak gambarkan betapa bersyukurnya aku dgn ape yg diberikan pada aku hari ini. Segala kesusahan dan keperitan yang pernah aku lalui sebelumni benar2 menguji aku erti kesabaran. Andai kata aku give up dulu sure aku takkan dpt ape aku dpt today. Ape yang penting?? hehehe..."Doa" & "Percaya" to Allah.
Hidup ni singkat so nikmatilah hidup dgn org yg tersayang sebaik2nya jgnla lukai hati mereka. Biarlah orang2 diluar sana aniaya kite kerana hasad dengki mereka itu takkan habis. Yang boleh habiskan meraka hanya Allah. Maka berserah shj pada Allah. Semuanya rahsia Allah kenapa aku dijodohkan dgn Mohamad Helmi. Hanya aku dihatinya chewwwwahhh!!!
0 comments