Bali 2010

by - December 10, 2011

Before that nak bagitaula picture semua aku free hair hehehe...harap maklom.

Last year somewhere May 2010 have trip to Bali wiz my bff Zuliza Zulkifli. Half budget of the trip has sponsored by ****. Bukan senang nak arrange this trip sbb my bff pon bz. Finally dapat gakss. Decided to Bali sbb cheap n ok la..We stayed only 3 days and 2 nights. Flight?? biasela now everybody can fly 'Air Asia'. Actually first time naik flight Air Asia..uhuhu..not bad.

Hotel da reserved kat Holiday Inn Pantai Kuta Bali tapi last minute di tukarkan ke Western Hotel. Mentang2la reserved bilik biase. Tapi alhamdulillah Western Hotel pon not bad cume jauh sketla dr Kuta beach. Service ok puas hati n lebey modern look la dia punye bilik.






After check-in kami keluar ke pantai Kuta. Jln kaki je tau igtkan dekat..adoiii rpenye jauh. Kami mencari kedai makan yg sesuaila dgn kami maklomla kebanyakan org Bali bukan Islam jadi kenala hati2. Akhirnye kami berjumpala satu kedai makan.Boleh la sebab da lapar sgt..huhu..penat pulak tu berjalan kaki dari hotel.



 
Second day, kami upah satu cab ni tuk bawa kami berjalan ke tempat menarik. Murahla kenala dgn servicenye. Kami di bawa ke kedai batik, galeri lukisan dan kedai aluminium. Semua tempat tu terletak di sepanjang jln on the way tu Gunung Berapi yg agak popular di situ. Gunung berapi tu masih aktif. Perjalanan makan mase setengah hari mane tak nye klu da singgah2 kan.

Setibanye di puncak kami perlu membayar tiket untuk masuk ke kawasan tu. Actually tat place mempunyai view yg cantik tuk tengok seluruh view Gunung Berapi tu. Ada satu restaurant yg bertapak di situ satu2 nye tempat yg boleh melihat view Gunung Berapi tu secara dekat n luas sambil makan. Nak masuk kena la byr. Ala2 buffet la. Pada aku mahal gile sebab tak berbaloi dala tak sedap byk lalat tau euuuuuwwuww...da bayar kami amik jela ape2 yg boleh di makan lgpon da lapar sgt.














After da borink tengok Gunung berapi yg tak bergerak tu kami pon berangkat balik. Cantikla dan nyaman udara di situ name pon atas bukit. Aku tak le dok lame situ sebab byk gile lalat sampai naik geli.

On the way balik to hotel driver cab tu ade bawa kami pergi shopping and pusing-pusing di sekitar perkampungan di kawasan itu. Kira pergi and balik jalan tak sama la. Sepanjang perjalanan balik dapatla tengok persekitaran and cara hidup org perkampungan Bali. Kami sempat juga singgah di sebuah penempatan yg mengusahakan padi bukit.









Sebelah malam ekspedisi kami cume nak cari tempat makan.Org tempatan di situ ade promot kami satu tempat kedai bakso yg plg sedap di pantai Kuta tu...so kami pon rogerla after maghrib. Kali ni naik cabla takkan nak jln kaki lagi kan. Akhirnye jumpa jugala kedai bakso tu. Kedai biase kat tepi jalan ala-ala macam kedai makan kat kampung baru camtu la.

Bakso dia memang sedap. Bebola daging besar dan freshhh sgt2. Cik Zuliza siap tambah dua mangkok lagi..huhu..puas hati walaupon kedai biasa. Kami tak catit pulak name kedai bakso tu.


  
Selepas makan bakso kami pergi jalan-jalan di sekitar pantai Kuta. Pantai yg sgt mendamaikan. Ramai org duduk di persisiran pantai sambil menghayati keindahan malam di tepi pantai Kuta...termasukla kami..huhuhu..Sekitar pantai memang tidak sunyi dan membosankan sebab dekat dgn bangunan hotel dan pusat clubbingla..Satu yg kami perasan, sepanjang berjalan-jalan di sana kami tidak diganggu dgn budak2 yg melepak di sana. Kami rasa selamat. Ade penduduk di situ bercerita pada kami, mereka sgt menjaga periuk nasi mereka dgn pelancong yg dtg. Kalau ade pencopet org sekeliling akan kejar sampai dpt dan pukul seteruk2nya dan jgn hairan kalau ada yg sampi mati. Polis pon tak boleh berbuat apa2. Mereka kata kalau ade pencopet itu bukan penduduk jati Bali kemungkinan mereka pendatang. Kerana itu jalan2 di Bali rase selamat. Tapi kami tetap berhati-hati juga. Da penat berjalan n da ngantok kami pon balik ke hotel.

The last day we there cume menghabiskan mase dan duit jela untuk membeli cenderahati n shopping di sekitar pantai Kuta. Flight kami petang jadi sempatla. Sebelum membeli belah kami pergi lunch dekat kedai makan yg same lg hehehe....Ade citer sedih, lepas makan kami pergi shopping tp tanpa aku sedar duit aku telah hilang 50 000 rupiah sekeping. Aku memang yakin duit tu ade sbb mase nak byr mkn aku nak pakai duit tu tuk bayar makan tp makcik tu cakap tak de duit kecik so aku simpan balik 50k rupiah tu dan keluarkan duit kecik. Entah bilenye hilang tercicir atau kena seluk aku pon tak tahu. Da name pon bukan rezeki aku. 

Selamat ade best friend yg bole comfort kan aku...isk..isk..After penat shopping kami pon balik ke hotel dan terus ambil cab terus ke airport. Sepanjang dlm flight balik Malaysia memang tak sabar nak jejak tanah...padahal baru pergi 3 hari huhuhu...Nak share gak kat sini mase dlm flight ade order bihun goreng nyonya...perghhhh sedap gile tau..huhu..sape2 balik dari Bali naik flight Air Asia bolela rase.













Memang seronok dpt pergi holiday dpt release tension and rehat. Bukan senang nak arrange mase dgn bff ni hehehe...next trip nak pegi Vietnam tp tulah bff akuni da nak kawen Jan 2012. Mesti byk nak pakai duit n confirmla dia nak spend for her honeymoon.

Errmmm...tak dapat pergi dgn bff pon tak pelah tapi aku masih ade peluang pegi holiday bersame team PB. Insyaallah bukan setakat Vietnam merata-rata aku boleh pergi yg penting bekerja keras. Next trip memang kebetulan team PB nak pergi Vietnam. Apalagi aku tak nak lepaskan peluang. Dala FREEE so aku tak payah buang duit naik Air Asia or stay hotel 2 stars lg huhuhu....








You May Also Like

0 comments