Cara mengatasi masalah anak yang tidak mahu berkongsi barang(toys)

by - August 08, 2015

Susah hati aku bile tengok Rayyan sekarang ni tak maw share barang dengan kawan sebaya yg nak bermain dengan dia. Barang dia konpem dia punye, barang orang pon dia punye masalahnye. Pening aku di buatnye bile mule adegan rebut merebut toys and endup Rayyan nangis.... Adeiiii orang cakap ini gejala biase kalau anak kite tak biase bercampur rakan sebaya dan owes sendiri. Dah hari2 main toys sendirikan.... Dulu mase Rayyan di taska dia sangat ramah dengan kawan sebaya kalau bermain tapi NOW udah lain. Adakah faktor umur? yelah mase kat taska dulu dia baby lagi. So aku pon jenguk2lah internet kan cari solutions. Then aku terjumpa 5 teknik ni so aku copyja...bile2 senang bole jadi rujukan aku and at the same time kawan2 bole juga berkongsi tekni ni.

Macamane nak handle? Ni 5 teknik yang mungkin berguna buat aku dan parents lain

1


Pilih Mainan yang Betul

Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti congkak dan lego . Pasti untuk siapkan satu lego anak perlukan bantuan ibubapa. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama digunakan sebaik mungkin.









2

Jadikan Diri Anda Sebagai Contoh

Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Ibubapa mesti menunjukkan tauladan berkongsi.  Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul.  Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham kosep berkongsi dan main bersama.
Saya pernah didatangi oleh anak yang sangat pandai berkongsi. Inilah teknik yang beliau suami isteri lakukan.




3


Puji dan Galakkan Mereka

Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi.
Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan  Aiman. Bagus dia main sama-sama”  Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”








4Bincang & Pujuk
Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi  sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan.
Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?” 
Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak” 
Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti”
Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.







5Kuatkuasakan  Undang-undang
Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.” Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.
Ia mampu mengubah sikap dan cara anak bermain. Matlamat kita adalah untuk mereka terus boleh berkongsi dan berkomunikasi. Sebagai ibubapa kita perlu sabar dan berdoa. Tiada apa yang berlaku sekelip mata. InsyaAllah semua usaha ini ada balasan dariNya.Saya berharap tulisan ini manfaat buat semua pembaca.



You May Also Like

0 comments