My L0vely Breastfeed experience..;)
Ini pengalaman aku as mom yang bekerja and xdpt nak beri fully ebm to my son. Banyak yg aku belajar dan amik iktibar supaya it won't happen lagi in future. Saje nak share wit uols yg sudi baca my blog ni.
Sejak lahir aku beri direct ebm to Rayyan.Alhamdulillah tak banyak kerenah pon Rayyan dan senang nak handle.Macam orang lain aku berpantang selama 44 hari. Sepanjang berpantang aku stay di kampung mak akulah. So makan aku dan Rayyan mak aku yg uruskan. Habis 44 hari aku balik rumah sediri nak belajar berdikarilah kan. Semuanya ok bole manage plus my asben memang banyak membantu even dia bezee fly here and there. Baki cuti maternity aku tu aku habiskan sebaik2nya bersame my boys.
Tempoh cuti semakin berkurang...adeiii malasnye nak kerja balik maklomlah dah lame sgt bercuti tambah pulak seronok jaga baby. Sibuk cari nursery dan baby sitter tuk Rayyan. Survey punye survey satu pon tak konfiden di hati. Susah hatilah Rayyan baru 2 bulan kecik sgt dan fragile lagi. Rasenye mane2 ibu pon will do the same feeling. Macam2 pikeran aku melayang risaukan Rayyan kalau dia aku hantar ke nursery or baby sitter while I'm going to work..isshhhh...asben suruh resign je kan selesai problem..but xmolah aku nak kerja lagi and ade duit pocket sendiri lagi best lagipon mude lagi..(mudelah sgt!!)
Ape2pon decision aku kena bersedia jugalah dari segi fizikal dan mental. Persediaan dan keperluan Rayyan now menjadi my first thing to do. Selamani aku beri direct ebm so sbb aku dah nak masuk kerja kenalah ajar Rayyan menyusu pakai botol ye... Pernah beri Rayyan menyusu botol tapi mase tu Rayyan berusia 6 minggu..bagi apepon dia nak..hehhee..now dah nak masuk 3 bulan dah pandai dan bijak membuat pilihan kahkahkah...Aku and asben mengikut nasihat orang tua tuk ajar dan biasekan Rayyan menyusu botol supaya tidak menyusahkan orang bile aku bekerja nanti.
Mati akal juga aku dan asben nak ajar balik Rayyan menyusu botol tau. Macam2 jenis botol kami beli dan try. Finally yg berjaya is nipple NUK. Bentuk nipple NUK ni lain dari yg lain sb berbentuk thumbnail 'ibu jari'. Itu yg menarik perhatian Rayyan..agaknya mase dalam perut dia suka isap jari kot...kuikuikui... Saiz nipple NUK ni 'standard' so mane2 botol standard boleh masuk. Botol susu yg lain2 tu simpan jelah buat hiasan dan kenangan.
Nilah puting NUK bentuk ibu jari tu..tapi pakai botol kaca Cherub.
Ni antara model2 koleksi botol susu Rayyan yang failed mase testing..except yg kaler biru tu..huhuhu..
Aku memang dah pasang niat untuk beri ebm pada Rayyan atleast till 2 years. Memang dah beli set Avent Breast Pump dan belajar about managing ebm ni dari before deliver lagi...semangatkan...orang cakap mesti plan dari awal. Build mood dan aura tu dari awal supaya baby pon hepi dlm perut.
Segala kelengkapan dah pon dibuat so finally we both decided to send Rayyan balik kampung. So nenek dialah jaga dia. Nenek dia memang offer dah lame untuk jaga Rayyan maklomlah nenek dia pon risau. Dengan skarang terlalu banyak isu yg menyebabkan baby sesak nafaslah, tersedak susulah, kena deralah...serrrrammm gak aku.
Legalah aku pegi kerja sebab Rayyan dijaga oleh nenek dia. So aku xrisau sgt. Tapiiiiii........akulah yang xtahan dari segi mental. Mane taknya aku terpaksa berjauhan dgn Rayyan. Weekend baru aku dapat jumpa dia. U may imaginekan...rase rindu yang teramat sgt2!! Mase bercinta pon tak pernah rase power rindu begini pada daddy Rayyan. Seb bek lah ade tepon canggih bolelah berwatsap picture or video Rayyan selalu. nak bercakap Rayyan belom boleh bercakapkan..Aku pump susu di opis dan di rumah sepanjang tempoh monday to friday. So all stocks aku simpan dlm fridge dgn rapi dan elok mengikut tips yg dinasihatkan. Friday evening abis keje terus shoot ke kampung bawalah stocks ebm untuk Rayyan.
Ini antara picture2 yg mak ngah Rayyan kirimkan via watsap sepanjang berjauhan dgn Rayyan dulu.
1st month Rayyan di kampung, stocks ebm yang aku bekalkan boleh bertahan tuk 1 week plus but semakin Rayyan membesar stock ebm perlu bertambah juga. Pressure kerja makin bertambah. Jadual mengepump akupon dah lari2 anak dan bile balik rumah dah sgt kepenatan dan tido tak hengat...maka tidaklah mengepump spt selalu mengikut jadual. Aku memang semakin risau sbbnye jadual mengepump dah tak consistent plus Rayyan lak memerlukan susu ebm yg banyak maklomlah boi ni kuat menyusu. Orang tua ckp kalau kite stress nanti susu pon kurang dihasilkan. Teori ni betul tau so sesape yg masih beri susu ebm pada baby mesti jaga mental supaya positif je dan jgn stress2 tau.
Imagine ya 5 days and 4 nights in a week Rayyan bersama nenek dia for few months dan selama itu dia menyusu botol.Aku dapat beri direct ebm hanya on weekend. 1st month tu masih ok lagi tapi masuk 2nd to 3rd month susu yang aku stimulate semakin berkurang dan Rayyan pon dah xnak sgt direct...perghhh itulah saat paling2 touched my heart down gile2 bile Rayyan tak mau direct lagi.Menangis aku mengenang nasib sedangkan ketika itu Rayyan baru 4 bulan. Lagi sedih bile Rayyan lebih manja dgn nenek dia dr aku..huhuhu...tapi asben selalu pujuk yg Rayyan kecil lagi dia tak tahu ape2 pon. Asben memang byk bg aku semangat. Kalau xde dia aku memang sedih je...yelah..Rayyan pon berjauhan..isk..isk..
Day to day stimulation of susu ebm makin berkurang dan stocks makin tak cukup. Kalau bulan pertama dulu stocks yang aku bekalkan cukup bertahan 1 week plus but now hanya bertahan 2-3 ari je. Aku terpaksa drive to kampung juga even hari bekerja tuk restock susu ebm. Kelam kabut juga aku ketika tu...itu tak termasok dgn pressure, stress dan kepenatan aku lagi.Bukan nak jadi alasan tapi aku dah cuba sedaya upaya dan aku tetap tak putus asa tetap bekalkan susu ebm semampu yang aku boleh. Nak push sgt pon tak boleh. Yang aku perasan bile stimulate susu ebm dalam keadaan tenang, positif dan hepi..memancut2 susu tu keluar dan banyak.
Rayyan semkin membesar dia memerlukan nutrisi yang ckup. Hanya Allah mengetahui perasaan aku ketika itu. Dalam sedih aku tetap memasang doa dan harapan supaya tetap dibekalkan susu ebm. Memang mencabar mental dalam kedaan spt akuni yg berjauhan dgn anak. Aku dan asben decided tuk cari nursery juga sebab asben memang kasihankan aku yg sentiasa rindukan Rayyan dan kepenatan sampai takde mase nak rest terkejar2 sane sinun.
Alhamdulillah 2 weeks before Rayyan turning to 5 months ade satu taska called and informed ade kekosongan..yeyyyy...berbunga2 hati aku tak terkata2..mane taknya taska tu bersebelahan dgn building opis akuje. Since Rayyan berusia 2 bulan aku dok dlm waiting list tau. Memang taska ni menjadi sasaran aku.Taska ape? di mane? and kenapa aku suka sgt taska ni? hehehe...nanti aku share dlm entry yang lain kay.
Genapje Rayyan 5 bulan aku,asben dan Rayyan kembali bersatu. Bersyukur sgt2 doa termakbul dan Allah maha mengasihani. Oleh kerana stock susu ebm tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan Rayyan so asben decided dan agreed tuk bagi campur dgn susu formula. Pilihan susu formula memang aku serahkan pd daddy. So he choose Karihome, susu kambing. Maka bermulalah Rayyan bercampur susu dlm pemakanannya seharian. Tak apelah maybe dah tertulis begitu rezekinya. Kite kena redha dan tetap bersyukur. So di taska Rayyan minum susu Karihome dan bile dirumah susu ebm. Even tak dpt beri fully susu ebm tapi tetap ada. Begitulah seterusnya sehinggalah Rayyan putus susu ebm ketika berusia 7 bulan plus. Mase tu memang aku dah tak dpt nak hasilkan susu. Kenapa putus susu? Wallah wa'lam maybe sampai situ shj rezeki Rayyan. Aku dan asben telah sedaya upaya berusaha pelbagai cara termasoklah makan dan minum suplement itu ini. Set ESP Shaklee tu pon aku telan dan konsisten aku minum dari dlm pantang lagi tetap tidak boleh lawan ketentuan Allah. Kerja aku di opis pon makin bertambah dan masa tuk berehat pon makin berkurangan. Bukan senang jadi single handling mom since my asben selalu outstation. So uols boleh imagine berrrrtapa phennnnatsssnya aku tapi bile tengok Rayyan membesar di sisi itulah penawar hati penawar jantung.
Terkadang terpike kalaulah aku dan Rayyan tidak berjauhan dari awal mesti hari ini aku masih dpt hasilkan susu ebm pada dia...ermmmm...ini memang beri iktibar pada aku dan asben tuk belajar. Segalanya telah tertulis kite hanya merancang Allah yg menentukan. Tapi tak pelah as long as Rayyan kembali di sisi mommy dan daddy dan sihat selalu.
0 comments