• Home
  • Family
  • Travel
    • Local
    • Overseas
  • Lifestyles
  • Sharing
Powered by Blogger.
Percutian kali ni banyak reason yang tersirat. Why Kuching Sarawak? Untuk very last minute flight booking ni aku nampak ke Kuching paling banyak seat dan banyak flight. Vacation kali ni asben takde sebab kerja. Kalau tunggu asben dapat off on weekend maka bertangguh lagilah hasrat aku nak bagi besday gift tuk anak teruna ku yang satu tu.
Saje nak bawa my mom dan sister jalan2. Mereka berdua banyak jaga my kids di kala aku dalam kesusahan dan sebarang emergency. Pertolongan yang tak berkira.....tak terbalas budi dan jasa especially my mom. Niat di hati lame dah nak bring them lots of vacation. Insyaallah....so we start with vacation to Kuching Sarawak. Flight pon tak panjang lebih kurang 1 hr 50 min jaaa....
Tahun yang same 2018 we took our kids naik flight to Penang for holiday dan kebetulan was Elis's besday. So we have to be fair lah kan....to take my kids naik flight to somewhere for Rayyan's besday pulak. Tapi sedihnya tertangguh by right was November. Ade sebab2 yang memang tak dapat di elakkan. Bulan November was bulan ujian. Macam2 ujian di lalui. Biaselah mane ade hidup tanpa ujian so chill dan sabar. Sentiasa ingat perancangan Allah lebih baek dan terbaek untuk kte.
So dah plan dgn my sister and agreed to Kuching Sarawak. This was 1st time for my mom,sister and kids to Kuching. Aku dah 3x ke Sarawak. Okla disebabkan aku dah ade pengalaman then asben pon izinkan pergi without him.


 Ini anak nak makan sendiri dlm flight..

Flight on Friday night around 9.15pm so touched down Kuching agak dah lewat jugalah around 11.30pm. Sebaik keluar dr flight aku bergegas mencari toilet terdekat di epot sebab nak tukar diaper Elis yang dah poo lame dlm flight. Kesian takut merah nanti kan (mak2 mesti paham). Setel semua kami pon berjalan mencari laluan passenger semenanjung. Agak kepelekkan aku sebab kosong lengang tak ade orang langsung. Kaunter imegresen tu pon tak da orang. Tak ada orang untuk aku bertanya. So aku pon piker maybe dah tukar system kot dah tak perlu pas masuk. Ok fine kami pon just jalan melepasi kaunter imegresen tu trus meluru ke pintu keluar epot. Lagipon mase tu dah lewat malam my kids dah ngantuk.
Aku called grab tuk ke Pullman Hotel hanya RM 11 sahaja. Sampai hotel anak2 aku active tak nak tidur pulak aduhai....layan jelah...puas hati dapat 2 queen beds. Sorilah takda picture room view juga. Kalau trip beramai2 ni memang takde kesempatan nak amik gambar bilik. Maklomlah tangan dah macam sotong.
Pak Amit Café - Mee Kolok & Laksa
Bangun awal sebab nak keluar mencari bekfes untuk di tapau. Aku book hotel last minute best deal without bekfes hahaha....Sebelumni ke Kuching pon tak pernah keluar seawal ni tau..haha redah jelah. Di Kuching kan mane ade mamak yang ade McDonanld dan 7e kiosk sekitar hotel. Takda kedai atau restaurant dah buka pagi2 tu. Susah juga nak cari bekfes. So aku pon tapau McDonald jelah. Harga McD di sini agak mahal compare to di KL ya jgn terkezut lak.


Pagi tu hujan renyai2 kami keluar agak lewat. Plan nak keluar awal sebab byk tempat nak pegi tapi apakandaya hujan. Oleh sebab dah lewat sangat so aku decide bawa family pergi merasa mee kolok dan laksa di Pak Amit Café. Aku jumpe café tu pon setelah google. Orang cakap fofular dan sedap. Ermmmm...try jelah. Pak Amit Café yg dekat closed most of them buka petang. Then terjumpa ade 1 outlet Pak Amit Café yg buka agak jauh sikit dari hotel so aku called grab car je. Total cost grab RM7 so korang bole agak2la jaraknye.
Sepanjang dalam grab car pemerhatian aku banyak kedai masih tutup sedangkan ketika itu almost 12pm. So agak sepi dan bosan ja.....except mall la. Okla takpa kami makan dulu. Di Pak Amit café tu pon tak ramai orang, lengang. Kalau di semenanjung tengahari cenggitu dah penuh sesak orang nak makan tengahari especially kedai makan fofular....So aku order mee kolok ayam dan daging, laksa 2 dan my mom amik nasi campur. Laksa oklah not bad sedap tapi udang sangatlah comel harga masih sama. Then mee kolok tak sedap. Seriyesly tak sesedap yang pernah aku makan sebelumni. Aku rase macam makan mee sup biase ja. Sudahnya tak abis pon kedua2 mee kolok tu. Aku suruh bungkus ja. Dulu aku makan mee kolok tepi jalan small stall ja lagi sedap ade rase minyak cili dan minyak bijan perghhh yang tu memang sedapsss..aku tak ingat dimana kedai tu tapi berdekatan dgn Hilton hotel. Kalau nak pergi mencari2 pon aku kesian dgn my mom dan anak yang masih kecil. Si Elis tu dahla sikit2 minta dukung huh...memang penat sikitla.

Waterfront Walk - Naik Sampan
Selesai makan kami naik grab car semula ke Waterfront. Setiba di sana alangkah terkejutnye kami betapa bosannya lengang tak ade ape2...kedai2 khemah2 masih tutup kosong sedangkan ketika itu sudah pukul 2 lebih dan hari Sabtu. Mungkin malam baru meriah. Maka kami hanya berjalan jelah di sepanjang sungai tu. Akupon tak tahu sebab dulu aku datang pukul 2 lebih dah ade penjaja2 jual barangan tempatan di sepanjang waterfront walk tu. Entahla barangkali sebab pagi tu hujan renyai yang agak panjang dan tengahari baru reda so derang pon lewat buka kedai. Takde rezeki.....
So kami jalan terus ke jeti sampan untuk seberang sungai. 1st experience for my mom,my sis and my kids naik sampan berdayung(pergi) dan pakai motor(balik). Di seberang sungai aku bawa my mom pergi borong kek lapis dan ikan terubok masin.
Jalan2 ni memang agak bosan sebab entah kenapa Kuching pada hari itu agak lambat happening. Suasana memang agak suram ja. Selepas borong kek lapis dan ikan terubok kami balik ke sampan patah balik ke seberang untuk balik hotel.
Balik hotel untuk solat dan rehat. After that kami jalan2 ke mall berdekatan hotel tak tahu ape nama mall tu. Ponnnnnn tak ade ape yang menarik except kedai toys hahahaha hepi sgtla for Rayyan dan Elis. So aku belikan lah anak2 toys sorang 1. My mom dan my sis sempatla cari souvenir naseb ade kedai jual souvenir dlm mall tu. Then kami balik hotel semula....kali ni my mom and my kids sempatla tido petang sebab pukul 7pm kami nak ke seafood Topspot yang famos tu. Tempat makan seafood wajib kalau ke Kuching.



















Topspot - Makan seafood
Ini kali kedua aku makan di topspot ni. 1st time my asben bawa. Kali yg kedua ni lebih bermakna bawa my mom and kids. Kami perlu berjalan sikitla untuk ke tempat topspot ni. Berada di bangunan UTC berdekatan McDonald dan tugu kucing tu. Banyak tangga perlu di daki kasihan my mom dan kasihan pada aku juga kerana perlu dukung si Elis. Naseb baik sedap dan murah berbaloi naik tangga banyak.
So korang bolelah tengok gambar2 food yang kami makan. Dah abis makan kami balik hotel. Kununnye nak jalan2 di sekitar waterfront semula sebab sure happening tapi kesian dgn my mom penat turun naik tangga tadi. So baliklah lepak di bilik jaaaa....



Kejadian di epot - Tiada Pas Lawatan
Keesokkan harinye kami bersiap2 untuk balik kl. So called grab car ke epot. Flight pukul 12.20pm. Setiba di kaunter imegresen satu kejadian yang aku takkan lupa sampai bile2 dan andai kata aku tak datang semula ke Kuching inilah sebab utamanya...hahaha...
Aku di marah oleh pegawai di kaunter tu kerana tiada pas lawatan sementara bukan aku sahaja ke semua my mom,my sister dan anak2 juga. Aku terangkan pada dia sejujur2nye kejadian malam ketibaan aku di epot Kuching. Pegawai tu tak percaya dan marah2. Aku pon hanginlah dah lah ramai orang takde budi pekerti sungguh nak memalukan orang. Aku taula pegawai imgeresen kena muka masam garang tapi percakapan dan budi bahasa tetap kena ada. Kesudahannya dia pulak tuduh aku malas bertanya dan salah laluan. Dalam hati aku, aku rase dia tak nak mengaku kesilapan pegawai dia meninggalkan kaunter imegresen pada malam tu. Dia tak percaya cerita aku yang malam itu tiada sesiapa di kaunter. Mungkin dia sedang menafikan aku rase, kalau aku bertegas mau kena buat laporan bagai. So takde guna dah, buat aku jadi tak sabar nak tinggalkan Kuching. Babye foreva. Akupon calm down dan mengaku salah jelah yg kunun aku salah laluan dan cakap aku 1st time datang Kuching. Then barulah pegawai tu accept dan benarkan aku,my mom, my sis dan anak2 melepasi kaunter tu.
Fuhhhh....memang geram dan aku rase ralat sangat datang Kuching ni. My mom dan my sis pon rase tak puas hati dan tak sabar nak keluar dari negeri tak best tu. Sebenarnye ade lagi kejadian2 yang tak best jadi ketika nak check in ticket tapi aku rase malas nak story. Ape yang aku nampak most of them semacam tak suka dengan orang semenanjung datang. Setiap driver grab car pon tak ramah muke masam dan ade satu driver tu siap buat statement sarcastic "Sarawak ni kaya.Kekayaaan Sarawak melebihi kekayaan semenanjung tapi semua sudah bagi pada KL"....tanpa sebarang topik yang di ajukan. Akupon tak paham tetiba je uncle tu buat statement tu.
Lega kami setelah masuk ke dalam perut flight MH2507. Tak sabar nak sampai semenanjung. Overall jalan2 kami di Kuching jadi tak best sebab diakhiri dengan kejadian di marah2 kerana tiada pas lawatan tu.
Kita satu Malaysia perlu lagi ke nak berpas2 bagai. IC kte sama kaler kan. Kenapa IC orang Sarawak lain kaler ker? Kalau macam tu kenapa tak cop di passport ja sama je kan drp bazir cetak kertas untuk buat pas lawatan sementara untuk orang semenanjung. Memang kesalahan lah kami tiada pas lawatan tapi kami orang Malaysia terang tang tang IC kte sama kan??? kan???tak payahla marah2 memalukan orang. Memalukan je orang asing tengok.







Oklah sekian cerita Kuching ni.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
On 2nd day ni aku memang bangun awal sebab nak siapkan breakfast and foods. Hotel yg ade kitchenette ni memang sgt membantu memudahkan kerja aku. Kami keluar agak lewat pagi tu. Sepatutnye kami nak ke Snow Resort Vivaldi. Aku dah book bus lagi departure pukul 9 pagi di Myeongdong station tapi tak sempat. Nasib baikla bus tu book for free je. Actually ade timing lain juga tapi takut tak sempat nak kejar. So tukar plan kami decide untuk bawa anak2 ke taman2 dan jalan2 je.

Breakfast sebelum keluar


First walk kami pagi tu di Lotte World Lake garden. Suhu pagi tu dalam 4 celcius. Dari hotel kami ke area Lotte World mall ni kena tukar 2 train kot aku pon dah tak ingat hehehe..ampun. Last time pergi tasik tu berdua je dengan asben mase tu masih hijau kekuningan lagi pokok2 kat sane. Kali ni lagi seronok sebab dapat tengok frozen lake hahaha(kebatakkan sikit) 10% air dalam lake tu beku di permukaannya. So bolehla nampak ade swan swan tengah bertenggek elok ja atas lake yg beku tu. Tengah tido kot hahaha...Anak2 cergas pagi ni. So today attire Rayyan dan Elis complete from head to toe to cater suhu sejuk bawah beku hahaha...

Sejuk memang tahap ke tulang asap dimulut dan hidung tu memang non stop la..tapi anak2 aku ok jew. Derang sangat happy di bawa jalan2 pusing satu taman tasik tuh. Walaupon nampakla hidung si Elis tu meleleh hingus tapi dia active ja and tak merungut merengek. Okla anak2 happy aku senang hati. Aktivity kami jalan...duduk makan...jalan.... Ramai org local berjogging di tasik ni. Sejuk2 pon derang rajin exercise ye.Then kami masuk ke dalam Lotte World mall tu untuk panaskan badan semata2 hahaha...

Walk seterusnya kami ke DDP(Dongdaemun Digital Plaza). Saje bawa Rayyan dan Elis ke tempat ni untuk melihat view bandar pulaksss..sebenarnye tak ade idea nak pegi mane dah sebabnye keluar hotel pon dah lambat. Sebab kami tak ade pulak buat backup plan huhu...Ape terfikir situlah kami pergi dan yang penting Rayyan tak mau naik train banyak2 lagi katanya...hahaha mesti serik dgn kejadian malam sebelum tu. Kami tak masuk pon dalam bangunan bulat besar tu...sekadar jalan2 area keliling je nak tengok led roses di waktu siang..ahakssss...Anak2 aku memang suka jalan2 maklomlah sejuk. Derang memang selesalah sebab pakai winter attire dari head to toe yg betul dan tebal. Kalau ikutkan sejuk sgt.





Nampak tak tiada kehijaun di situ hehehe...memang sojukkkk..Alhamdulillah dapat merase bumi winter dgn izinNya

Tasik belakang Rayyan tu beku walopon nampak macam panas terik mentari


Elokja swan tu berjalan atas tasik beku tu kaki dia tak sojuk ka??? Aku rase malam sebelum tu sure tasik ni beku sepenuhnya

 Separuh tasik ni permukaan dia sudah jadi frozen

Apsal Elis tu buat muke anak korea haaaaa


Dah puas jalan2 di sekitar DDP kami pon decide balik untuk lunch and rest. Asben cadang malam nak ke Myeongdong Food street. Few meters je dari hotel kami. Tak payah take train jalan kaki jaa... Ini juga takde dlm plan sebab aku memang tak terpike nak bawa anak2 ke tempat crowded camtu plus kami tak bawa stroller and malam pulak tu.

Belakang tulah bangunan bulat tu aku pon tak ketahuan name bende tu walopon dah sampai situ 2x hahaha...




Last time pergi tengok LED roses ni waktu malam kali ni dtg waktu siang pulak






oppagangnamstar katanya...tak tahu lah mane dia tahu


Lepas lunch pon dah pukul 4ptg so kami hanya menghabiskan masa di bilik...tak lame pon sebab bile luar gelap je kami terus gerak ke Myeongdong food street. Kat sane pukul 6 ptg dah gelap. Tak sangka aku Rayyan begitu excited. Elis pon tak kurang hebat nak berjalan sendiri. Sesampai je sane asben terpaksa dukung Elis sebab sesak dan aku pegang tangan Rayyan. Aku dan asben memang surprised lah sebab Rayyan yang begitu choosy food dekat food street tu ok je dia mencuba makan itu ini accept yang pedas. Nampaklah dia sangat enjoy jalan2 di pasar malam di Seoul walaupon sesak hahaha...Lame juga kami di sana sampaikan Elis lena tertido di bahu asben. Agak payah asben nak bershopping hahaha...Bile malam semakin malam gelap maka sejuk semakin menjunam ke -2 celcius. Aku dah sejuk beku tapi dek Elis lena sungguh tido. Penat sangatla tu..siang banyak berjalan.

Otw to Myeongdong food street

Sebelum dek Elis lena diulit intan di bahu daddy



Kalau ade 10 maskot rasenye semua Rayyan request nak bergambar..naseb bek ade 2 je


Begitulah cerita kami di Seoul bersama anak2 kali ni. Malam tu sambung makan di bilik hotel ja makan makanan beli di pasar malam tu sambil2 packing beg sebab esok pagi2 dah nak gerak balik Incheon airport. Sekejap je kan....bolehla inipon rezeki dr Allah yang tak ternilai. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Anak2 pon tak de masalah kulit ke demam ke semuanye ok.
Keesokkan paginya Alhamdulillah kami gerak subuh hari dari hotel ke airport dan bersyukur sangat Rayyan nak berjalan cume Elis jelah masih tido di baby carrier. Itula kebagusan dengan adenye baby carrier sebab anak kecil masih selesa tido di situ. Plus di sekitar subway Seoul ni banyak tangga dan escalator. Saje kami nak checkin awal di airport supaya tak kelam kabut dan kami boleh berehat2 di airport sebelum boarding.



 Rayyan dan Elis excited jumpe robot di tengah airport

Okey mommy dah tunaikan janji untuk bawa Rayyan naik Airbus 380 on your 5th birthday.
Insyaallah kami akan repeat Seoul tapi maybe tunggu Rayyan dan Elis dah besar.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Viewers

First mamh Junior

Lilypie Kids Birthday tickers

Second mamh Junior

Lilypie Fourth Birthday tickers

My Feveret Blogs

  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    5 years ago
  • AYUCHELAH JOURNEY's
    (PDPR)BILA MUMMY JADI CIKGU - APA AKAN TERJADI ?? 🤣🤣
    5 years ago
  • Love Letters
    PDPR semasa PKP
    5 years ago
  • The Kasihs
    HIDUP BIAR BERADAB
    5 years ago
  • Mummy Zizou & Zara
    My 2019 travelling recap - Perhentian Mac 2019
    6 years ago
  • Diana Dy
    Jalan Jalan Japan
    6 years ago
  • Stories of Rina (◕‿◕)✿
    Tempat sesuai untuk family day di Melaka - 12 bilik, private swimming pool, BBQ, tepi pantai
    6 years ago
  • aku bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    7 years ago
  • I'M YOURSS...
    Sakit (Part 2) – Kaum WANITA… Please Take Note on This Symptom!
    7 years ago
  • Mrs.Kown
    Babyshop The Curve
    8 years ago

Popular Posts

  • Jom amalkan 'Yogurt Asli' ....yummy!!!
    Kali ni entry aku nak citer pasal kesihatan sikit huhu... saje nak share kot2 ade yg kat luar sane macam aku dah kena baru nak sedar. Okla...
  • Soda Bikarbonat pengganti Deodoren
    Lame dah aku nak share bende bagus ni. Ade dah ramai yang tahu bende yg aku nak share ni tapi ape salahnye aku nak share pengalaman aku se...
  • Short gateway to Cyberview Spa & Resort ~ Day 2
    Aku terbangun tengah malam tu kerana lapar nak bangun cari makanan macam malas sebab nanti nak kena gosok gigi bagai dahla sejukkkk yg ama...
  • 2nd baby @UMSC episode 3 : Services review and Costing
    Sayang 1000x sayang sampai ke entry episod ke-3 masih takde picture jugak..hehe...memang takde kesempatan nak bersefi2 sepanjang checkup an...

Blog Archive

  • ▼  2019 (10)
    • ▼  December (1)
      • Holiday London 2019 - Day 2
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (15)
    • ►  December (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (15)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (9)
    • ►  February (5)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (34)
    • ►  December (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (13)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes