• Home
  • Family
  • Travel
    • Local
    • Overseas
  • Lifestyles
  • Sharing
Powered by Blogger.
Sebenarnye aku tak pernah sangka aku dapat ke Seoul secepat ni. Very last minute trip. Memandangkan asben aku ade off on weekend and my sis inlaw and her family pon plan to Seoul. So aku amik kesempatan untuk join them sekali mesti best kali ni jalan same2 lagi2 di awal2 winter season. Aku pon book flight. This time aku pergi dengan asben je anak2 di kampung memang tak sempat nak ambil derang plus kelengkapan pakaian untuk anak2 ke musim sejuk tak complete lagi. Aku tak sempat nak completekan. Tak pelah lets mommy try 1st ya.

Ok jom fly to Seoul!!! (short trip only) - 24/25 November 2018

Day 1:

Touched down Seoul 6 pagi. Before landing captain ade inform yang suhu ketika itu was -4 celcius. Perghhh memang very very cold plus ade hujan sedikit pagi tu. Aku dan asben lepak di epot pagi tu nak arrange about apartment dan ticket subway. It took some times la sebab nak paham itu dan ini.







Beli ticket untuk naik train. Ala kalau kat Malaysia dia macam kad Touch n Go. Boleh topup di kiosk2 yang berdaftar.

Inilah rombongan kami famili my sis inlaw. Sis inlaw tgh kemas beg sikit.


Selesai semua jom naik train....tinggalkan Incheon.

Mase kami berlepak2 di epot Seoul tu aku ternampak seperti snow berterbangan di luar epot. Mule2 tu konpius ingatkan hujan renyai2 tp nampak agak melayang....so ape lagi aku pon meluru keluar epot untuk merasai snow sedang turun....bersyukur yang amat aku ke hadrat Ilahi kerana diberi rezeki melihat snow depan mata. Padahal ketika itu belom musim snow lagi di Seoul. After main2 snow yg berterbangan di luar aku masuk epot balik sebab memang tak tertahan sejuknye. Ni bukan calang2 sejuk beku...plus hujan renyai dan berangin. Sejuk menusuk kalbu padahal aku dah pakai baju inner thermal and winter coat. Jujur aku cakap aku memang kejakunan lah hahaha...maklomlah 1st time jumpe snow. Sorila takde gambar...tangan kami pakai glove. Try buka glove tapi jari jemari mengeras dek kerana kesejukkan so tak bergambarlah.



Selesai segala urusan kami terus ke subway station untuk naik train menuju ke Itaewon. Dari epot ke Itaewon tu ambil mase lebih kurang 1 hour few minutes dan ade station pertukaran line dekat Gongdang tak silap aku. Sengaja pilih Itaewon sebab sane ade masjid Seoul yg fofular tu plus senang cari halal food. Alhamdulillah dapat apartment 700m dari station Itaewon tu. Kami stay bersama dgn my sis inlaw family so just nice we got 3 rooms apartment siap ade kitchen lagi. Host pon sangat peramah. Host allow us check-in awal dan check out lewat. Sori tak de picture apartment tu. Overall apartment tu clean,cozy dan sangat selesa. Ade water heater dan heater.

On the way nak ke apartment dari Itaewon station.

Setelah tiba di apartment kami pon bersihkan diri dan berehat sekejap.

Tempat pertama lawatan kami adalah masjid viral di Seoul tu. Dekat ja dengan apartment kami. Jalan kaki lebih kurang 700m(jalan berbukit2). Cuma masjid tu berada di atas bukit yang curam. Sesiapa ade sakit lutut atau sakit kaki perlu lah cekal untuk menjejak naik ke masjid ni. Dah tiba di perkarangan masjid kami perlu mendaki tangga pulak untuk masuk ke dalam masjid. Tunaikan solat sunat dan selebihnya bergambar puas2.










My asben and his sister

 View dari perkarangan masjid



Next is to Seoul castle - Gyeongbokgung. Untuk ke sane dari Itaewon station we need stop di Samjaki station. Dari Samjaki station kena lah jalan sikit lebih kurang 1km tapi takpe merase juga kesejukkan tu plus tak payah takut sesat sebab sign board jelas dan paham. Banyak keputihan snow di sana sini. Kami banyak menghabiskan mase di sini untuk bergambar sepuas2nye.























Apabila matahari dah beransur2 gelap then kami meneruskan perjalan ke Food Street Myeongdong. Nak la rase few halal food yg viral tu.

Setiap destinasi yg kami pergi semuanye semudah 123 hahaha...semua naik train/subway. Tak perlu nak bertanye and kami tak de bertanye dengan orang2 korea langsung. Most sign board, kami boleh bace dan aku ade install satu application di fon 'KoreaMaps'. Lagi senang ko taip je dari mane nak kemane apps tu akan tunjuk list of train station yg kte akan lalui/atau ade pertukaran train dan turun di station mane. Tak perlu nak bawa map kertas ke sane ke mari lagi hehehe...

Myeongdong ni terkenal dgn shopping street indoor dan outdoor. Kami berjalan pusing2 cuci mata juga di indoor. Mane taknye keluar je station Myeongdong tu terus connecting to the indoor street shopping. Paling murah baju seluar di sana 10,000 KW lebih kurang RM 40 la mase tu. Aku sempat rembat sepasang baju dan seluar. Baju dia cantik2 dan seluar ngam2 dgn kepanjangan aku ni ha.

Souvenir mahal di Myeongdong ni hehehe so kami decide tuk beli di area Itaewon sane. Then kami keluar ke outdoor pulak. Okla tak padat sangat dengan peniaga dan yang best banyak gile makanan yg pelik2 dan nampak sedap....cume bukan semua kite boleh cuba dan makan. Dahla suhu semakin menjunam sejukkkkk beku amat makin laparlah perut kami melihat dan menghidu bau makanan yg di masak. Paling murah makanan di sini 1500KW bersamaan RM 6 hengget mase tu. Seketul roti telur sebesar tapak tangan aku 1500KW. So korang kalau nak jalan2 rase tak payah convert beli je dan bawak duit lebih ye. Banyakla yg kami tak boleh makan sebab tak halal dan mungkin so pricey. Kenyang sudahhhh....erghhhh...Alhamdulillah...puas sangat berjalan cari makan di Myeongdong ni.





Squid ni sangat sedapsssss 3000KW

 Yang ni aku tak ingat ape cheese nama dia tapi sedap juga


Ini pula eggbun harga 1500KW. Sedap mesti cuba.


Haha yangni mampu tengok ja memang sedapsss tapi mahalssss

Ni nama melayunye kuih tepung beras kot hahaha dalam dia kacang merah. Harga tak ingat.



Ouh ini bukan nak candid sangat asben tapi sebab building behind him tu cantik.



Tempat terakhir kami di hari pertama ni kami ke Dongdaemun. Dekat je dgn Myeongdong satu station jaaaa....Kami nak ke Dongdaemun Design Plaza DDP. Bangunan bulat yg besar dan unik di tengah2 bandar Seoul ni. Oleh kerana ahli rombongan lain2 seperti sudah kepenatan maka kami jalan2 di sekitarnye sahaja. Aku cume nak cari dan bergambar di LED Roses yang viral tu ja...memang ternyata rata2 pelancong memang tertumpu pada LED Roses tu ja....So aku pon tak tahu apa ade dalam bangunan bulat tu takpelah next round explore.







Kami abiskan masa bergambar, lepak borak2 sambil menikmati suhu yang semakin kesejukkan di malam hari hahaha...maklomlah mane ade kat Malaysia and nanti rindu pulak. Sejuk pon sejuklah janji puas. 

Sepanjang seharian berjalan di bandar Seoul ni snow masih menebal di tepi2 jalan dan disekitar yang tidak dilalui orang. Aku dan anak2 buah sempatla main2 lepaskan rase kejakunan kejap. Lantakla ape orang nak kata. Rezeki kami sangat2 kerana snow turun ketika kami sampai.

Bile malam semakin pekat dan sebelum kami beku kami pon balik ke Itaewon untuk cari makan.

So malam tu kami dinner di sebuah restaurant Korean food yang halal.




Next post aku akan sambung trip for 2nd day ya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hari kedua a.k.a last day...hahaha...orang lain melancong ke Korea atleast 1 week tapi kami hanya 2 hari tak termasuk hari flight inbound and outbound. Apakandaya my asben tak pernah dapat cuti panjang. Kalau apply pon senantiasa di reject. So bile asben ade off 3 hari (memang itu jela yang paling lama) kami terus set nak pegi mane2. So travelog kami nanti is short vacay dan unplan trip gitu.
Oklah sambung jalan2 Seoul on 2nd day. Bangun pagi tengok luar dah ade matahari so suhu pon bukan negative shud be ok sikitlah. Snow kat atas bunbung kat tepi2 jalan pon dah mula mengecil mencair....




View dari apartment



Kami mule bergerak menuju ke Lotte Mall. Aku rase itu mall paling vogue ala ala Pavillion camtulah. Pergi sana nak mencari Hard Rock. Sesampai di sane aku rilex ja sebab trip ni abang birasku yang cari jalan. Pusing2 masuk area tasik ape entah bersebelahan mall ni cantiknye pemandangan melihat pokok2 yang kekuningan. Mendamaikan sangat plus dengan suhu sejuk sepoi2 hahaha....
Di Lotte mall ni juga ade satu bangunan yg sangat tinggi mencucuk langit tapi sorilah aku pon tak tahu ape nama bangunan tu.  Hard Rock tu terletak di tingkat 5 dalam mall. Rupenye dah 3 bulan closed. Kurang kepastian closed sebab nak renovate atau closed forever sebab tanye org sekeliling kami tidak begitu nak paham sangat...hehehe.... So cuci2 mata jelah dalam mall tu sambil panaskan badan sikit. Takde keinginan pulak nak amik gambar dlm mall ni sebab 'mall??ja' semua same.
Then kami teruskan jalan2 kami ke Digital Media City. Aku yang nak ke sana bukanla nak beli ape2 tapi nak tengok gadget2 high tech yang mungkin mengujakan dan menjakunkan aku. Tapi malangnya hari Ahad tempat tu closed. Wahhhhhh sedih tau......takpelah takde rezeki next trip pls ye asben.
Kami rase dah cover almost all famous place di Seoul ni untuk short vacay macam kami ni. Lain2 tempat maybe next trip. Aku memang nak datang lagi sebab nak ke Nami Island dan naik bullet train derang ke Busan maybe wahhhh cita2 tinggi...


















Then kami balik ke Itaewon jalan2 sekitar sane untuk cari dan beli souvenir.
Kami tidakla shopping sakan ke mana2,  tak kirala negara apepon. So bende wajib kami beli fridge magnet dan t-shirt for my kids. Tak lupe juga my feveret sunblock
'missha'. Kebetulan ketika tu ade promo beli satu free satu. Barang2 sourvenir lebih murah di sekitar Itaewon ni.
Selesai beli dan belah souvenir then kami pon kelaparan. Maklumlah sejuk ni cepat sgt lapar. Lapar nak makan nasi. Maka kami beli makanan di kedai arab tapau ja sebab nak makan beramai2 di apartment sebelum siap2 nak ke epot. Itaewon memang banyak restaurant arab dan halal food so tak yah risau.




Setakat ni jelah ceritera jalan2 aku ke Seoul. Kalau aku datang lagi insyaallah aku sambung cerita lagi my pengalaman. This vacation memang unplan dan aku tak sangka secepat ni dapat visit Seoul.
Seoul memang best hahaha maybe sebab musim salju kan....so pemandangan cantik dan sejuk beku. Untuk kte best la kan...tapi aku rase jalan untuk pejalan kaki dia tak berapa mesra stroller dan kecik je. Banyak tangga without escalator almost all subway station dia. Kalau ade pon escalator kat dalam station tu menuju ke train. So aku memang solutela org2 tua derang yang cekal turun naik tangga yg agak banyak tu.

Sebelum tinggalkan Itaewon


Nampak tak patung comel kaler biru tu..sengaja diletakkan disitu supaya tiada orang duduk kerana itu tempat untuk ibu2 pregnant je wokeh.."We should copy this way"

No kids at all

Coffee Korea memang sedap, betul la kawan2 rekemen. Aku yang tak berapa nak addicted coffee ni pon akui plus not too sweet masih rase coffee yang padu hahaha...

Aku terasa kerdil sangat sepanjang di Soeul. Atleast kat Malaysia or negara asia yg lain takdelah terase sangat sebab ade je aku nampak serendang aku. Tapi sepanjang pemerhatian aku di sana most of their young people tinggi2 tau. Baek laki or pompuan...hurmmm...begitu katik aku di sana.
Satu lagi yang aku perasan sepanjang naik train aku takde jumpe kanak2 korea yang mungkin seusia anak2 aku. Kalau ade aku jumpe pon mase visit Lotte mall. Sekitar berjalan2 kaki di tepi2 jalan di street food ka memang aku takde nampak local people bring their kids jalan2. Most yang bawa stroller is pelancong macam kami juga. Aku tertanya2 juga adakah memang culture mereka bile musim sejuk beku kanak2 di larang/tak digalakkan berjalan2 di luar. Tiada jawapan.
Oklah flight kami malamtu was pukul 12.10 pagi sampai Malaysia pagi Isnin. Sepanjang dalam flight tido jaaaa kepenatan mungkin.

Ok tata Seoul.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Viewers

First mamh Junior

Lilypie Kids Birthday tickers

Second mamh Junior

Lilypie Fourth Birthday tickers

My Feveret Blogs

  • Love Letters
    11th Anniversary Celebration 4.12.2021
    3 years ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    3 years ago
  • Diana Dy
    Jalan Jalan Japan
    5 years ago
  • AYUCHELAH JOURNEY's
    SHORT VACAY 2020 - CAMERON HIGHLAND
    5 years ago
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    5 years ago
  • Stories of Rina (◕‿◕)✿
    Tempat sesuai untuk family day di Melaka - 12 bilik, private swimming pool, BBQ, tepi pantai
    5 years ago
  • aku bukan bidadari
    PERCUTIAN KE KRABI 2019 : Beli SIM CARD Thailand MURAH dengan unlimited data
    5 years ago
  • I'M YOURSS...
    Sakit (Part 2) – Kaum WANITA… Please Take Note on This Symptom!
    5 years ago
  • Mummy Zizou & Zara
    Welcome to my IG!
    6 years ago
  • Mrs.Kown
    Babyshop The Curve
    6 years ago

Popular Posts

  • Jom amalkan 'Yogurt Asli' ....yummy!!!
    Kali ni entry aku nak citer pasal kesihatan sikit huhu... saje nak share kot2 ade yg kat luar sane macam aku dah kena baru nak sedar. Okla...
  • Soda Bikarbonat pengganti Deodoren
    Lame dah aku nak share bende bagus ni. Ade dah ramai yang tahu bende yg aku nak share ni tapi ape salahnye aku nak share pengalaman aku se...
  • Short gateway to Cyberview Spa & Resort ~ Day 2
    Aku terbangun tengah malam tu kerana lapar nak bangun cari makanan macam malas sebab nanti nak kena gosok gigi bagai dahla sejukkkk yg ama...
  • 2nd baby @UMSC episode 3 : Services review and Costing
    Sayang 1000x sayang sampai ke entry episod ke-3 masih takde picture jugak..hehe...memang takde kesempatan nak bersefi2 sepanjang checkup an...

Blog Archive

  • ►  2019 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
  • ▼  2018 (15)
    • ▼  December (2)
      • Seoul - Masjid Itaewon, Myeongdong, Dongdaemun, Gy...
      • Seoul - Hard Rock, Lotte Mall, Digital Media City ...
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (15)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (9)
    • ►  February (5)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (34)
    • ►  December (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (13)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (8)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes